Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

31.12.11

tahu macam mana nak buat gambar biasa jadi gambar POLAROID ?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

nak beli CAMERA tak termampu? DSLR je yang mampooo kan? haha.

tak payah beli cameranya. kalau minat sangat, beli je la.... kalau banyak duit sangattt~

kalau selalu pokai, tak payah la.... tangkap je la gambar guna kamera HENFON pastu edit jadi polaroid. PON BOLEH~

ye la.. mana nak beli filem dia lagi.... kalau silap tangkap, membazir... KAN? kalau guna henfon atau kamera digital, hudoh delete. takjadi delete. nampak lubang hidong over,delete. haha

contoh gambar polaroid :






gambar asalnya :







ok. ok. AWESOME tak????? awesome kan?? tak ke??? please say yes.. oooooh. so awesome...


sebenarnya den dah buat entry pasal ni. ini dia.

tapi disebabkan TAKSUB nah kau den buat lagi. haha...... berminat ke? boleh download dan tengok cara nak guna kat sini.

kalau nak tengok lagi gambar-gambar polaroid milik den, boleh tengok sini. :)

selamat berpolaroid. haha.

*gambar akan jadi unik kalau snap secara unik. jangan nak unik sangat lah.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

30.12.11

REZEKI macam air hujan weyyyyy~


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



Alhamdulillah, syukur lillah,,,,, .

Ayat syukur pun ku rasakan belum cukup untuk berterima kasih kepada Allah.


Thanks FAMILY  CATERING IDC. tak sangka akan dapat duit ni.


I DO LOVE YOU ALL SO MUCH.
"yang penting bukan duit, upah, atau hadiah. tapi jalinan persahabatan yang telah kita bina"



SERIOUSLY RINDU KORANG SEMUA!!!!!!!!!! U__U

some of idc's siblings.


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

29.12.11

TONTON OMBAK RINDU ONLINE. cepat sebelum youtube delete.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

27.12.11

Jom jawab survey dapat RM10. cepat sebelum terlambat.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

i got this msj dan boleh forwardkan. so, here we go kawan2....

cepat2 sebelum offer habis. :)

SAUDARA/SAUDARI
KAJIAN KEFAHAMAN DAN PERSEPSI BELIA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda berkaitan isu-isu rasuah di Malaysia.

Anda yang berada di dalam kelompok Generasi Belia yang berumur 21 hingga 40 tahun dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena yang berlaku. Anda juga boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM10.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya  selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >> Kajian Rasuah (tekan link kat bawah okay)

Sekiranya tidak dapat klik pada pautan di atas sila copy dan paste alamat di bawah pada browser anda:

http://onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php?sid=37494&lang=ms


p.s : topup bukan dapat immediately  tau.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

25.12.11

doodle #10 : another doodle ^_^


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

bila boring, saya suka melukis. tak kira by hand or by mouse. haha. maksudnya, x kira la lukisan tangan atau melukis menggunakan komputer. mentang-mentang dah pandai guna comp.

walau tak cantik, tapi still berpuas hati. :)

Sarjan Nazri, jurulatih saya.

versi musim exam. comel je gelas tu kan? hahaha

nak lukis uniform tapi tak reti. haha

alalala...sedihnya. versi takde kaler.

versi ada kaler.

Mr. President, Noor Aiman. haha


ada jugak yang saya lukis by hand. nak tengok? tak lawa pun...

sorry, uhibuki, bukan uhibuka.

HAPPY FINAL EXAM :)

dah la. tu je dulu. :) sekian.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

New Name Tag.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

saja nak buat name tag untuk paste kat gambar-gambar. bukan apa, tengok orang lain buat macam lawa. so, nak jugeeek la. hahahah.

so, here you go. :)

comel tak? bagi aku, COMEL. ;p
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

air kopi boleh jadi serbuk kopi balik ye?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

aku memang takleh hidup kalau tak ada makanan. semua orang macam tu la poon.

sebab tu dalam loker aku penooooh ngan makanan. haha



tengok, kan penuh tuh. hahahahhaa.

hari tu aku ada assignment nak kena siapkan by 1 day. punya laa balun nak siapkan. akhirnya siap jugak. Alhamdulillah~

then ada kelas lagi... punyaaaa la mengantuk hari tu. apa lagi, KOPI KAPAL API la jawabnya.

nak jadikan kopi tu KAW la konon, taruk la kopi bebanyak sikit. pastu minum, perghhh. pahit.

pastu g kelas. NAGNTUK ngantuk jugak...macam tak berkesan je.

bila balik, tengok2 air kopi dah jadi SERBUK KOPI.


wondering~ Boleh taruk air panas dan gula dan jadi air kopi balik tak? hurm...
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

i got a present with a simple note ! ^_^


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

thanks Syaeda a.k.a Ahchik for the present ! ^_^

even though this is not an expensive present, it's still a memorable one.

love u.



Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Novel Fixi : PECAH (Best DO)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

lawat link INI untuk melihat novel-novel fixi.

baru-baru ni, hujung aku bertemankan novel PECAH.


dan aku membaca sambil memakan makanan yang dibeli semalamnya..... Mix Plate RM2.50.


nasib baik tak basi lagi



sebenarnya aku memang teramat SUKA membaca. tapi bergantung kepada bahan bacaan jugak la.

Novel ni aku dah tau LAMA dah. cuma baru je baca.

Cerita dia, SANGAT MENCABAR MINDA. Semua watak berhubung kait. kadang-kadang sukar untuk aku mengerti. cewah. hahaha.

tapi secara jujurnya, bila baca novel ni kena banyak beristighfar. nak tahu kenapa? bacalah sendiri. :)

tapi novel ni aku tak beli. aku pinjam je. kalau ada novel BOGEL MENUJU TUHAN, aku beli. hehe

bukan kedekut tak nak beli. tapi sekarang ni busy tak sempat nak jelajah kedai buku. nanti aku beli. :)

dan, walaupun novel ni agak memeningkan sedikit, AKU BERJAYA TAMATKAN. berdebar woooo part last-last tu.

tak leh blah watak Alan. hahaha. Antara watak PALING aku suka ialah ...... Alan ler... pandai bebenor berlakon. haha....

so apa lagi, sila lah baca kalau rasa macam nak cabar minda anda. ^_^
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

22.12.11

Hadis-Hadis tentang marah


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

kenapa manusia suka marah?

ENTAH. tak tahu la. jawapan masing-masing.

minggu ni, banyak berhadapan dengan situasi marah-marah-marah-marah-mereng.

gi kelas marah. gi makan marah. gi jawab survey marah. gi bla bla bla marah. nasib baik nak tidor tak siapa marah.

hari ni, saja mood nak cari hadis dan kata-kata tentang marah.

p/s : sebab nak bagi info kat semua nak insyaAllah nak praktikkan jugak. ;)


Nabi SAW bersabda maksudnya:


“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya:


”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi bersabda maksudnya :


"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

kadang-kadang manusia ni marah sebab tak puas hati. paling teruk, sebab jealous dan berprasangka buruk dan sebab mulut busuk. euuwwww..... busuk la.

“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)


“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”(riwayat tarmizi)


Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :


“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”

saya ada post kat FACEBOOK SAYA tentang marah. ada sahabat bertanya,

tnye sikit, kalo die tahan marah tuh, dngan menjerit kuat2 ....bkan kepada org yg die marah tuh....kire mnahan marah gak ey??

serious tak tahu nak balas apa. sebab diri ni pun kadang2 menjerit kuat-kuat untuk release kan marah. apa yang boleh saya katakan,

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

kalau menjerit tu, depends on niat dia la kot. tapi cara nak tahan marah ikut islam, ialah diam. kalau berdiri, duduk.. kalau duduk x tahan lagi, baring secara mengiring.. kalau tak tahan lagi,ambil wuduk... takde pulak menjerit kuat2 tu...
 



mungkin dia nak release kan perasaan marah dia tanpa marah orang tu direct2... jangan sampai jadi fitnah lain pulak la... sekian dari Ustazah Dino. hehe 

apapun, mari sama-sama kita menjaga organ kita yang paling tajam lebih tajam dari pedang samurai. LIDAH. 
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

20.12.11

aku sayang sahabat aku. walau aku tak kenal siapa sahabat.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
 
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

dan..

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

18.12.11

Salahuddin Week : Closing Ceremony (pictures)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

It has been weeks after the closing ceremony. and, seriously it is an ordinary program which came out with extraordinary objectives.

sebab nampak sangat kegemilangan setiap block esp. block I. my block ler. haha.

almost all competitions we got 3rd place.
 
HELLO. WE ARE NOT A LOSER. WE ONLY JUST GOT the 3RD PLACE. even though pertandingan hanya melibatkan 3 parties. hahaha. OK.

some of pictures of CLOSING CEREMONY :)






















sekian. :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

16.12.11

tiada lagi CINTA.. ?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

ini perkara yang sering berlaku keatas setiap manusia. atau mungkin tidak semua manusia melaluinya.

syukurlah andai tidak mengalami perkara ini, kerana anda tidak merasa sakitnya.

syukurlah andai pernah mengalaminya kerana ianya bisa menjadi pengalaman yang paling berharga dalam hidup juga pengajaran di hari muka.

ianya sakit. menyakitkan. kerana,

hati sudahpun terluka hancur

Oo Allah !

*macam mana nak study?
*macam mana nak hidup?
*macam mana nak berhenti menangis?
*macam mana nak makan?
*macam mana nak lupakan?

dan,

perkara baik, niat baik,
tapi kalau guna cara yang tak betul,

SUCCESSFUL-LESS.
*yang berhasil cuma airmata kepasrahan*
manusia.. oh manusia..
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

15.12.11

Allah itu Mahal Adil. SIAPA KITA UNTUK MELAWAN???? gedeber menar mung nih~


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

post ini agak berilmuan dan beragamawan sikit. :)

post ini dibuat kerana tak puas hati dengan video ini....



dan sangat berpuas hati dengan video ini.... ------> :)



baru2 ni kecoh tentang video sembang rakyat tentang hudud. (kalau bagi kebaikan hudud x pe jugak, ni kutuk lagi. memang $%^&* )

bukan nak komen atau apa, yang bicara tentang hudud tu pun tak betul, ni pulak nak 'perbetulkan' hudud.

segala apa yang Allah lakukan atau Allah jadikan, ada hikmahnya ada sebabnya.

dan, KITA NI HAMBA ALLAH JANG OIIII..... HIDUP DI BUMI ALLAH JANG OIII.....

sedap-sedap ko je kan..... hidup kat bumi Allah pastu nak kutuk hukum Allah pulak.

macam,

Sedap-sedap ko lepak rumah Mak Jemah, ko nak kutuk-kutuk dan tikam-tikam belakang Mak Jemah pulak

apokobondo ekau ni.

Banyak kelebihannya apa yang Allah tetapkan. contoh :

1) Mencuri. hukum : potong tangan.

ko ingat kalau orang disyaki mencuri, terus potong tangan ke? TAK LAAAA.

kena siasat dulu... kena tanya sebab dulu... kalau orang tu kebulur 5 minit lagi nak mati takde keje takde duit nak makan takde, TAK JATUH HUKUM POTONG TANGAN laaaa.

kalau yang mampu cari rezeki dan sengaja mencuri, baru la DIPOTONG tangannya.

SAPA SURUH KO MENCURI?

aku saya rasa, secara normalnya hukuman ini adalah sangat adil dan sangat PATUT diterima ramai.

p/s : hanya pencuri yang takut tangannya kena potong. kalau tak mencuri, tak la kena potong. so, jangan la mencuri.

YANG TAK SETUJU DENGAN HUDUD TU ADALAH PENCURI EHHHH????????? erm~ ;p

2) Zina. terbahagi kepada 2. yang dah berkahwin, yang belum berkahwin. yang menjadi isu adalah, SEBAT.

kenapa nak pertikaikan lagi? zina tu amalan baik ke? halal ke? haram kan...????

malas nak cakap banyak. cuma nak tanya.

KALAU MAK ATAU ADIK KORANG ATAU BINI ATAU LAKI KORANG BERZINA, AGAK-AGAK PADAN KE NAK BAGI HUKUMAN KETUK-KETAMPI JE????? erm~


lagipun, sebat hukum Allah mana nak sama dengan sebat hukum MANUSIA.

check sendiri la. dalam internet banyak tunjuk CARA BETUL untuk sebat. bukannya macam yang dah berlaku sekarang ni.


malas nak merepek dah. cari sendiri.

lagi, KENAPA ALLAH MINTA HUKUMAN DIJALANKAN DEPAN ORANG RAMAI?????

jawapan,

Untuk Bagi KESEDARAN Pada Masyarakat Umum Laaaa........


engkau sendiri pun, kalau engkau nampak depan-depan mata orang kena potong tangan sebab mencuri, ko rasa KO AKAN MENCURI TAK? mesti tak kan???


haaaaaaaa.... aku tahu, ko dah memang pencuri. sebab tu kau takut bila orang nak jalankan hudud kan? hikhikhik. jahat toll ko ni.


Islam itu mudah tapi jangan dipermudah. :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

13.12.11

Doodle #9 : doodle untuk echa sayang lagi


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

ini versi bertudung. :)



serius takde idea. haha
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Doodle #8 : doodle untuk echa sayang pulak :)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

got a comment from my lovely lovin ECHA. :)


so, here is your doodle sayang. tapi tak payah la buat header... hudohh bebenor...

kakna budak baru belajarrrrrr~

tak reti lagi nak CUTE kan doodle ni... hehe....

nah. doodle with love :)

and, tahniah sebab dapat Mr. Mia. ^_^

<3 u..



hope u like it. :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.12.11

doodle #7 : doodle untuk Fatin ^_^


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

sambil bersahaja tadi, dapat komen dari Fatin gurau2 sambil dia mintak dodol. maaf Aten, dodol takder. doodle ada. :)

kita kenal kerana LINTAH . Kan? ^_~


walaupun tak lawa tapi ikhlas. hehe
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

hari isnin hari cuti. yeayyyyy


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

tapi apa kerja pun aku tak buat apa subjek pun aku tak study

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

anda berani tengok gambar ini?? JANGAN buka kalau tak berani....


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sebenarnya gambar ni tak ngeri pun... tapi, tengok dulu laaa... hahaha

den pun tak tau dari mana laa den dapat gambar ni.

duk godek-godek laptop, nampak... so, nak share je lah. ;p



buang bayi

orang dalam buaya

bestnya

.....

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...