Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

22.12.11

Hadis-Hadis tentang marah


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

kenapa manusia suka marah?

ENTAH. tak tahu la. jawapan masing-masing.

minggu ni, banyak berhadapan dengan situasi marah-marah-marah-marah-mereng.

gi kelas marah. gi makan marah. gi jawab survey marah. gi bla bla bla marah. nasib baik nak tidor tak siapa marah.

hari ni, saja mood nak cari hadis dan kata-kata tentang marah.

p/s : sebab nak bagi info kat semua nak insyaAllah nak praktikkan jugak. ;)


Nabi SAW bersabda maksudnya:


“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya:


”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :


"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi bersabda maksudnya :


"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

kadang-kadang manusia ni marah sebab tak puas hati. paling teruk, sebab jealous dan berprasangka buruk dan sebab mulut busuk. euuwwww..... busuk la.

“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)


“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”(riwayat tarmizi)


Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :


“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”

saya ada post kat FACEBOOK SAYA tentang marah. ada sahabat bertanya,

tnye sikit, kalo die tahan marah tuh, dngan menjerit kuat2 ....bkan kepada org yg die marah tuh....kire mnahan marah gak ey??

serious tak tahu nak balas apa. sebab diri ni pun kadang2 menjerit kuat-kuat untuk release kan marah. apa yang boleh saya katakan,

"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

kalau menjerit tu, depends on niat dia la kot. tapi cara nak tahan marah ikut islam, ialah diam. kalau berdiri, duduk.. kalau duduk x tahan lagi, baring secara mengiring.. kalau tak tahan lagi,ambil wuduk... takde pulak menjerit kuat2 tu...
 



mungkin dia nak release kan perasaan marah dia tanpa marah orang tu direct2... jangan sampai jadi fitnah lain pulak la... sekian dari Ustazah Dino. hehe 

apapun, mari sama-sama kita menjaga organ kita yang paling tajam lebih tajam dari pedang samurai. LIDAH. 
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

6 orang komen:

Anonymous said...

GOOD INFO

J.Syazwana said...

betul.
minggu ni memang asyik nak marah2 je.
tapi takpe kite sabar je :)

dino said...

Syazana :: thanks :)

dino said...

Syazwana : istighfar banyak2 ye... :)

Anonymous said...

kalau memarahi seseorang yang bercakap kurang ajar pada ibu kandung adakah suatu dosa atau pahala?kalau ada hadith berkenaan ini, mohon dilampirkan sekali..

dino said...

nasihatilah org yg sedemikian... kalau marah pun, samada dia akan insaf atau makin menjadi-jadi...

ubah hati manusia dengan kasih sayang, bukan kemarahan.. :)

tapi marah x semestinya bermaksud kebencian... marah juga tanda sayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...