Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label MRC. Show all posts
Showing posts with label MRC. Show all posts

15.10.12

Creative Competitions 2012


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Assalamualaikum....jom2 join Creative Competitions anjuran Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi sempena Salahuddin Week.... FREE. dan berpeluang memenangi RM100/competition :)

dah ada dah yg hantar gambar... JOM2 :)

*open to all iium students
*u can choose any theme.
*u can join all sections.

1. Islamic Banner Design Competition (banner yg menang akan dicetak dan digantung)
- Design must be original.
- Follow the Islamic manners.
- Have moral values.
Theme : 
1) Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi
2) Aurat
3) Ikhtilat
4) Smoking
5) Attitudes
6) ISLAM

2. Photo-shot Competition
- Theme: Mahallah Salahuddin or Uniform Bodies.
- Photo must be original.
- Only lightening and contrast editing are allowed.

3. Photo Editing Competition
- Photo must be originally edited by participants.
- No themes. Participants are free to send any edited pictures to be judged.

4. Button Design
- Design must be original.
- Follow the Islamic manners.
- Have moral values.
- Theme:
1) Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi
2) Aurat
3) Ikhtilat
4) Smoking
5) Attitudes
6) ISLAM

due date : 1 November 2012.
hantar sofcopy melalui email bintu.mohamed02@gmail.com
sila tulis NAMA, NO. MATRIK, MAHALLAH, CONTACT NO.




First prize : RM100
2nd prize : RM50


terima kasih :)

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

3.10.12

such a blind-designer


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

i design.

ohhhooooo. long time no design.

design shirt design-design.

fewwww so tired design.

design blind design.

*setel design baju untuk program.

bertemakan WAYANG KULIT... of kos la, program kan kat Kelantan... hihi~

xde idea, so buat je.... no so creative tapi setakat nak pakai X boleh la....

sapa2 yg xsuka, chilll~ haha

*penat+ngantuk




Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.9.12

I'M TAKEN (SUKSIS vs WATANIAH) ;)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

behind the scene. of.my.wedding.day.

special thanks to my HUSBAND, my parents in law, my neighbors , my friends (suksis, wataniah, MRC, Mahallah Salahuddin), Inzzati, Atiqah, Mumtaz, Kaknana, and most special thanks and appreciation to my beloved wonderful PARENTS & Family.

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


yaaaa. i'm taken. :)

Alhamdulillah, 22 Jun menjadi tarikh yg amaaaaat bermakna. aku dinikahkan, dengan insan pilihan hatiku Noor Aiman Noor Mohamed.

Abang, Terima Kasih kerana sudi melafazkan "Aku Terima Nikahnya Nor Azlinahazirah Bt Mohamed... :)

Tiba-tiba rasa macam tak percaya yang saya ni dah jadi isteri orang. ye la, umur kan muda lagi... MUDA la sangat~ haha

btw, he went to my home, ask for my parents' permission and ME AT HOSTEL. tgh sedap tidoo okayyy. langsung tak nak balik sebab M A L U.

bincang. bincang. bincang. 22 jun bakal langsung majlis.

he told me and i was "WHAT??????? 3 MINGGU JE LAGI???"

ok. stress.

assignment lagi, Final exam lagi. study lagi. nak urus persiapan majlis, borang etc. omai omai...... tunda ke tahun depan boleh tak?? huhu (T_____T) stress.

then, proceed. test HIV. isi borang. cari barang2. at the same time, study sebab FINAL EXAM TAK HABIS LAGIIIII.

dan, KAD JEMPUTAN TAK SIAP LAGIII..

sangat suka kad tu sbb comel klasik sangat. haha. bagi saya la... :p




ok. lepas tu dah siap kad jemputan, angkut la gi exam g situ g sini senang jumpa sapa2, terus bagi. MAAF ye if ada kawan2 yg x dapat. sebab x terserempak. through FB pun boleh la ye... :)

then, habis exam, kemas2 bilik, bawak barang2 masuk stor, BALIK KAMPUNG. masa tu punya laaaa malu nak balik. rasa macam x nak balik sebab malu nak hadapi perkahwinan DIRI SENDIRI. haha. kan MUDA lagiiii. :p

balik2 tengok kad jemputan yang mak siapkan, TERGELAK den. hahahaha. kenapa? sebab nama saya dah jadi macam nama suami.

sepatutnya..
Nor Azlinahazirah bt Mohamed &
Noor Aiman Noor Mohamed.

tapi jadi..

Noor Azlinahazirah bt Mohamed &
Noor Aiman bin Mohamed.

mak kata, TAKPE LA.. JODOH PANJANG. hahahhaha

tinggal dalam 2 minggu je lagi masa bujang.

2minggu tu sibuk siapkan barang hantaran, baju-baju.. dah la xde size. ayooooooooo. semua fit2 maaaa. x bermakna saya gomok yerr. hehe

bila nak isi borang, ALLAH.... baru teringat sijil SMU ada dalam kotak yg supposedly nak bawak balik tapi tak bawak balik sbb naik bas malas nak angkut. OH. macam mana ni...? sijil kursus nikah pun xde... sijil SMU pun x de... aduhaiiii..... terpaksa laa susahkan Encik BAKAL suami.

terpaksa rela pulak encik bakal suami angkut saya gi YIK untuk ambik salinan sijil SMU. unfortunately sijil tu x leh nak ambil terus.... kena tunggu 2 @ 3 hari... so susahkan Encik bakal suami pulak 2,3 hari akan datang tu. hahaha... maap la ye.

2,3 hari, sijil tu pun siap... dengan paksa rela, encik bakal suami g ambik... nak dapatkan sijil tu kena ada gambar. OMAIII.... mana ada gambar????

apa lagi, MMS gambar pasport then terpaksa rela encik suami g kedai cuci gambar tu dan baru dapat ambik sijil. aduhaiiiii... tak nikah lagi tapi dah banyak menyusahkan niiii...... (guilty)

regarding of this issue, thanks a lot Faradila Ismail a.k.a sepupu baru a.k.a beloved wife incik Wan Hafizuddin kerana sudi mendengar rintihan i. ye la, baru first time nikah, nervous la jugeeek. haha (dah bold. PUAS HATI?) hahahha

ok borang setel. baju setel. barang2 hantaran setel. Alhamdulillah....

Peliknya, orang lain yang akan jadi pengantin, rehat2.. jaga badan.. berinai.. bersenang lenang... tapi saya, 3,4 hari sebelum majlis lagi dah sibuk kemas rumah, basuh pinggan mangkuk sebab x guna catering, isi goodies, sapu sampah, angkat meja angkat kerusi angkat almari. BY MYSELF. takde sapa nak tolong memandangkan adik saya sekolah, abah dan ma saya kerja. so saya kena KUAT!!!!!

terharu. abah saya tak tidur malam sebelum majlis sebab siapkan itu dan ini. TERIMA KASIH ABAH. saya kuat sebab punya abah yang kuat. ;)

malam majlis tu jugak, Allahu Allah... banyak dugaan. banyak kerja nak kena siapkan by that night jugak.. nasib la xde adik beradik ramai. Alhamdulillah sedara2 dan jiran2 banyak tolong.

dan, pagi majlis pun busy lagi si pengantin perempuan ni duk hampar carpet, sapu carpet, sampai mak andam datang marah2 kata "MASA NI TAK MANDI LAGI????? XNAK NIKAH KE???" hahaha. ok ok ok !! busy sangat sampai lupa nak berinai.. lepas subuh tu calit2 inai sikit.. jadi lah tu.. haha

maka... siaplah saya diandam oleh makcik andam menjadi pelakon opera cina. haha.

tembam sebab mekap. bukan sebab lemak ye. hahahahaha

pukul 10pagi akad nikah. luar rumah dah bunyi bising2 suara kawan2 suksis... oh..korang,... terima kasih sebab datang...... sangat best la korang... sanggup jauh2 datang demi majlis kakna... thanks thanks thanks.. dan terima kasih jugak buat jurulatih, Sjn Nazri dan keluarga... tq cik sbb datang... LOVE U ALL.





Alhamdulillah.. selesai majlis rumah saya... ok take a good rest semua..sebab esok majlis belah pihak lelaki pulak...

esoknya pukul 8pagi, suami dah tinggalkan isteri. hahaha...

Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar.. meriah dengan kehadiran jemputan yang sangat ramai....dan sangat meriah dengan kehadiran sahabat2 Wataniah dan JKQ.

maka saya menjadi isteri orang. yaaaa. I'M TAKEN. :)

jom tengok gambar :)

with Along's family

kaknana, inzzati, me, atiqah, mumtaz

my family

nenek yang sporting

mom

dad

husband. reception.

3 dara pengantin pingitan. ;p






JKQ



The End. Thanks for reading ya.. :)


p/s : Selamat hari raya aidilfitri dari kami, Azlina dan suami. :)

p/s 2 : Abang, semoga Naa menjadi isteri abang di dunia, bidadari abang di akhirat.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

8.5.12

H.E.L.W.A.N.I : KENALI JODOHKU.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Bismillah.

Alhamdulillah, pada 03/06/12, telah diadakan usrah HELWANI PEPIAS cawangan Gombak.

tajuk, Kenali Jodohku. (ramai yg berminat nampakkkk......) ;p

sedih : time diskusi , Dino tiada dalam majlis cz kena g hantar someone balik kampung. (ALHAMDULILLAH...)

Semalam sebenarnya ada meeting clash dengan usrah. Seriously dalam 2 samada nak g meeting atau nak g usrah.

but then, bila fikir-fikir balik......

Meeting ni tanggungjawab aku. sebab aku yang pegang jawatan tu. dan jawatan tu adalah amanah.

Usrah tu lain kali ada lagi... kalau aku x de, orang ramai lagi ada? kalau tak pergi pun takpe... optional.

fikir-fikir-fikir balik.....,,

meeting tu bila-bila masa pun boleh buat. hari ni boleh, esok boleh, lusa boleh. ada benda nak kena submit, email pun boleh....

usrah tu kan family aku.. dah lama x bersama family.. bila lagi nak bersama kalau bukan malam ni? malam ni malam terakhir. kalau esok aku tiada lagi....???

so konklusinya, pergi usrah.

Alhamdulillah Allah permudahkan. Usrah  habis dalam 10.30pm. lepas tu sambung g meeting sampai 2.00 am.

PAGAR DAH KUNCI SO KENA LA LALU BAWAH LONGKANG. waaaaaa. pengalaman. haha

eh,eh.. usrah tajuk KENALI JODOHKU. dan-dan je... Alhamdulillah ada 1 adik usrah akan nikah bulan 8 ni.... TAHNIAH NURWAN !!!! :)

dan ada 1 adik lagi akan nikah juga tapi dalam perancangan.

dan ada 1 kakak ni kenapa laaa x nikah lagi kak.... jejaka puuuujaan malaya dah depan mata. hahahhaa. sorry kakNana. Lebiu... <3

erm. dan, aku...... insyaAllah 22 hb Jun 2012. MasyaAllah. sangat tak disangka-sangka.

Alhamdulillah jodoh Allah tu akan tiba walau kita tak cari.
sama-sama tak jadi ke Morocco,
sama-sama masuk badan beruniform,
sama-sama Kelantan yg penting. hehe.

InsyaAllah dengan rahmat yang Dia limpahkan, semoga kami terus akan kekal sampai ke syurga. ameen~

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

28.2.12

Kembara Salahuddin Al-Ayyubi : Gua Tempurung ; Water Rafting


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

12 Feb 2012

06.45 pagi : Berkumpul di Assembly Square Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi.

07.00 pagi : Naik bas, bertolak ke Gua Tempurung, Perak.

11.00 pagi : Sampai di Gua Tempurung.

Acara dimulakan.

Wohhooo.. Sangat teruja. I was like WOW. TINGGINYA bukit ni. err. bukit ke gunung?

xpdc gua tempurung terbahagi kepada 4 bahagian. tak ingat tapi yg ingatnya, boleh pilih samada nak yg DRY atau WET.
kami pilih WET. mencabar dan best sikit kan?? :)

Yang menyedihkan ialah : TAK BOLEH BAWAK MASUK KAMERA. sebab main air dan kena merangkak dan kena meniarap dan kena berenang. no wonder la tak leh bawak masuk kamera. kecuali kamera yg kalis air.

nanti nak tukar DSLR tu dengan DSLR yg kalis air la. huhu

ok.Uruskan 1,2 perkara, then,

Okay, kita akan mulakan perjalanan kita. Dan anda akan mendaki around 1000 anak tangga.

oo... 1000 anak tangga... okay..... ermm.. WHAT? 1000 ANAK TANGGA? SERIBU?????? aigoo.

Sambil langkah sambil kira anak tangga.

sambil berjalan, sambil mengagungi kuasa Allah.

terfikir,

macam mana agaknya boleh terbentuknya gua? macam mana laa bukit ni boleh kekal tak runtuh padahal di tengahnya ada lohong? Subhanallah~

next, teruja pulak bila tengok shape-shape dinding gua yang bentuknya ada macam-macam...

ada macam muka orang, ada macam muka monyet, ada macam muka perempuan, ada macam muka koboi, x leh blah, ada macam bentuk monyet drive kereta. hahahaha

comel sangat. dan sekali lagi, Subhanallah,,,, agungnya kuasa Allah.

jalan,jalan, jalan. punya la penat.... sampai lah kami di 1 tempat. sliding. wohoooo.

#menangis sebab takut + gayat dengan ketinggian#

serius. memang betul menangis.

after sliding, ada pulak part kena masuk lubang bagai... kalau badan gemok, nasib la.. hehe.

tapi lubang tu pun bukannya kecil sangat pun.. muat je... ;p

bila dah masuk lubang tu, bermula lah kembara BASAH kami. semuanya air. jalan dalam air, merangkak dalam air, meniarap dalam air...

besttt!!! ^_^

selepas banyak tempat kami redahi, sampai lah kami ke penghujung perjalanan..... :)
Alhamdulillah...

after that kami pun naik lori. menuju ke tempat WATER RAFTING.



aduhai. pening naik lori. melarat peningnya. macam mana nak water rafting agaknya ni?

memula buat water confident dulu. nak bagi confident skit... hanyut la kami dalam air tu 1 by 1. arus pulak deras. memang tenggelam timbul dibuatnya. tambahan lagi, banyak batu-batu kat sungai tu. aduhai...~

then kami belajar tentang arahan2 semasa ber-water rafting. ada boom-boom. ada jump-jump. hahaha. comel.

keadaan kami ber-water rafting almost sama macam gambar kat atas tu. kecut perut wooo. muntah2 kuning.

serius muntah. dah la den ni mabuk. aduhai.

perjalanan sangat mencabar, sebab air tak dalam. dan batu banyak. bot asyik terlekat-lekat dengan batu. kena banyak jump-jump dan banyak bergerak. kedepan kebelakang. aduhai pun...

dah nak maghrib baru kami sampai ke tempat bas balik. penatnya, Allah je yang tahu.

balik, terus demam. wahaha.

so, apa lagi... PERGI LERR MENJELAJAH wahai kaum-kaum manusia sekalian. hahaha.

*jangan lupa bawak ubat mabuk*

dan, get ready. sebab time atas "boat" tu, kadang2 depa sengaja terbalikkan. siyess menakutkan.






oh. and i knew. that i am the one who spoiled the group's performance on water. sorry. Y__Y

p/s : rasa macam nak g lagi.

and for the pictures, here they are.



























naik lori bergerak ke tempat water rafting.









finish. byebye
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...