Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label kelahiran. Show all posts
Showing posts with label kelahiran. Show all posts

25.8.13

Pengalaman bersalin kali pertama, INDUCE TIGA KALI.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)




Orang kata sakit bersalin SANGAT-SANGAT sakit. Sakit kedua selepas sakit kematian. Allah, masa nak bersalin tu, memang sangat2 takut dan gementar. Panic pun ada.. Allah je yang tahu.

Sepatutnya bersalin akhir bulan Jun… Disebabkan overdue 12 hari, doctor klinik kesihatan suruh gi terus ke hospital. Kena masuk wad sebab bimbang baby dalam kandungan lemas, termakan najis atau dalam bahaya…

Balik dari klinik, terus bukak internet, baca tentang sakit induce, sakit contraction blab la bla….

So 4 July tu, bergeraklah ke HUSM Kubang Kerian dihantar oleh member, Inzzati dan ditemani oleh my parents in law, mama dan abah… pagi2 lagi dah gerak g hospital. Sampai sana, memang kena masuk ward… masuk je laaaa~~ takut tu memang la takut. Macam taknak bersalin. Masuk ward tu ibarat nak masuk ke mulut singa. Hahahahahha

Kat HUSM, x leh sapa2 temankan kecuali waktu melawat je pelawat boleh masuk. Means pukul 1 ptg hingga 2 ptg, pukul 5 ptg hingga 7 ptg. Masa masuk ward hari pertama, hubby masih lagi kat KL. After that baru dia balik Kelantan. Dah jumpa hubby, terus jadi manja. Takut punya pasal. Panic…panic…panic….!!!!!!!

Hari pertama tak ada apa2 aktiviti. Keesokan harinya, doctor panggil masuk bilik untuk check jalan. First time check jalan, YA ALLAH… SAKIT !!!! doctor tu seluk siap pusing2 tangan. Masa tu fikir, kalau la check jalan dah sakit camni, beranak mesti lagi sakit.. waaaa… masa tu rasa x nak beranak sungguh ! nak mengandung sahaja sampai bila2. LOL

Disebabkan jalan belum buka, terpaksa induce. Alhamdulillah induce tu tak sakit. Dia just letakkan ubat je. Dan kali pertama tu, takde apa2 kesan. Petang tu, doctor nak check jalan lagi. Kena bertahan lagi. Sakit woo… menangis. Serius. Hahahahahha

Jalan belum buka. Ohmai… maksudnya nak kena induce lagi. Induce kali kedua, memang emosi dah tak stabil. Masa tu duk kat surau je. Solat, solat hajat, baca quran, baca banyak2 surah maryam, doa banyak2 minta Allah permudahkan dan minta Allah kurangkan kesakitan.

Lepas induce kali kedua, effect dia dah mula terasa. Sakit pinggang Allah je yang tahu.. sampai menangis2 depan hubby. Depan hubby je lah… depan org lain pura2 ketawa.. LOL. Pelakon yang hebat… sakitnya tak tertanggung. Tapi bila tidur mengiring, hilang pulak sakit tu…

Bila nurse tanya “Dah ada rasa contraction ke belum???”, saya jawab TAK TAHU. Sebab x tahu pun sakit contraction tu macam mana. Rasa sakit pinggang je… nurse suruh masuk bilik doctor utk check jalan sekali lagi… ADUHAI,, check jalan lagi…..

Dan kali ni, doctor India yang check jalan. ALLAH !!!!!!!!! dah la GANAS, KASAR, jarinya pulak BESAR. Sempat pulak dia seluk, pusing2 tangan, godak2, dan BERBUAL gelak2 dengan nurse lain. Memang rasa macam NAK TERAJANG JE DOCTOR NIH!!!!!!! Tolonglah. Dah serik dan perit nak check jalan….

Mula2 ingatkan sakit pinggang tu adalah sakit contraction, rupanya TIDAK… doctor india tu kata jalan belum buka….. soooooo,,, INDUCE KALI KE-TIGA!!!

Masa tu dah pasrah. Terpulang lah doctor nak buat apa. Nak seluk banyak mana pun. Sukahati la. Dah mengalah. Haha

Doctor kata, kalau induce kali ketiga ni jalan still x buka, terpaksa operate sebab bimbang keadaan baby.. dan of course, saya adalah pesakit yang diperhatikan oleh nurse dan doctor. Sebab bimbang bayi mati dalam kandungan.. nauzubillah.

Induce kali ketiga… lepas induce, terus masuk surau, solat, mengaji, doa moga Allah permudahkan.. pastu naik katil, menangis. HAHA. Nasib baik katil hujung, so menangis ngadap dinding…malam  tu doctor check jalan, ALHAMDULILLAH dia kata dah terbuka sedikit. Malam tu boleh terus masuk labour room. Nurse dah tolong packing2 barang baby yang diperlukan.

PANIK !!!! PANIK !!! PANIK !!!! call hubby kata dah nak masuk labour room malam tu, minta dia datang. Nasib baik hospital benarkan suami masuk utk teman isteri beranak. Pukul 9 malam nurse datang bagitahu kena tunggu dulu sebab labour room penuh… dalam sakit2 pinggang tu, boleh pulak tertidur… haha

Pukul 12 tghmlm, nurse datang panggil masuk labour room. Kesian hubby,  dari pukul 10  lagi dia datang…
Masuk labour room, terus rasa macam nak berak. Baru teringat yg dah 2 hari x berak.. minta nak g buang tapi doctor kata x payah. Takut teran2, terberanak dalam jamban. HAHA.

Doctor check jalan, dan dia kata JALAN TAK BUKA PUN !!!!  alahai…. So macam mana ni??? Czer pun czer jelah doctor wehhh… kesian anak I nanti~~~~~~~

So doctor tu usaha jugak pusing2 tangan dia sbb nak bagi jalan buka. Nasib baik x rasa sakit pun dia buat…. Dan dia kata dah boleh nak pecahkan ketuban… pukul 12.45pg, ketuban dipecahkan.. dan dia suruh bersedia utk rasai sakit contraction. Masa tu memang takut… sebab tak tahu sakit macam mana…

Lepas pecah ketuban, saya terus tanya doctor, agak2 pukul berapa akan beranak? Doctor kata dalam pukul 5 atau 6 pagi. Okay… 5,6 jam la nak kena hadap sakit… Allahu Allah… hubby dibenarkan masuk lepas pecah ketuban… ada la peneman~
Nurse ada letakkan alat kat perut utk check perjalanan contraction. Nurse kata dah ada contraction yg kuat, tapi saya masih tak rasa apa2 kesakitan. Masa tu doa banyak2 supaya x rasa sakit. Takut! Hehe.

Nurse pesan, kalau ada rasa sakit, dan x tahan, sedut gas yang disediakan… disebabkan saya ni penakut yang amat, saya terus sedut gas tu walaupun belum rasa sakit apa2..

Lepas sedut gas tu, memang rasa khayal dan….. saya TERTIDUR. Hahahaha… memang betul2 tidur yang lena. Pegang corong gas kuat2 xnak bagi nurse bukak. HAHAHA

Alhamdulillah takde rasa sakit apa2.. tapi hubby kata, muka saya berkerut2 tahan sakit. Maybe sakit tu ada, Cuma otak tengah khayal so saya tak dapat rasa..

Pukul 3 pagi, tersedar sebab rasa macam nak berak sangat2… dalam keadaan khayal dan tidur lena, saya meneran tanpa dapat dikawal. Serious rasa macam sembelit. Lepas tu dengar bunyi bising2 suara nurse suruh angkat kaki, buka kaki, tarik nafas, teran…

Hubby dah bising2 tepi telinga suruh teran la, kata dah nampak rambut baby la…

Masa tu rasa macam, betul ke aku nak beranak ni? Baru pukul 3… doctor kata pukul 5 atau 6 baru akan beranak…lagipun takde rasa sakit apa2 pun… aikkk…

Disebabkan oleh kekeliruan yang dihadapi dan serabut dengan suara yang bising2,,terus saya jerit,”SAYA NAK BERAK LA!!!! BUKAN NAK BERANAK!!!!”

Nurse terus kata,”NAK BERAK, BERAK LA!!!” maybe nurse dah stress dengan saya kot. Hahahaha

Teran2 berak, rasa macam pedih2.. teringat video org bersalin kena gunting. Terus saya jerit “MISI TUNGGU KEJAP MISI….”. aduhai, sempat lagi teringat video itu ini.. teran2,  terus terkeluar baby. Terus jerit “NURSE!!!! LEGANYA!!!~~~” hahahahhaa… x malu betul.

Nurse gelak2, tunjuk baby dan kata “ HAA NI LA HASIL AWAK BERAK” :p
Alhamdulillah BABY GIRL~

Lepas tu hubby kena keluar.. baby dah dibawa pergi utk dibersihkan.. dan nurse tu suruh tahan sikit sebab nak jahit.

Dengar je perkataan jahit, saya terus kata, “MISI TUNGGU JAP. SAYA NAK SEDUT GAS DULU.. MISI JAHIT BILA SAYA DAH KHAYAL YERRRR~~!!!!”

Nurse tu dah memang stress dengan saya kot.. dia just jawab “yelah..yelah.. sedutlah..” kesian nurse tu.
Lepas jahit, pindah katil, terus masuk ward.. Alhamdulillah selamat…

Dan, Alhamdulillah bersalin tanpa rasa sakit apa2… maybe sbb banyak baca surah maryam.. Alhamdulillah…

Havoc sangat pengalaman saya dalam labour room. Bila cerita kat orang, semua gelak2… dan paling x tahan, boleh pulak tertidur sebelum beranak.. hohooo

Dan Alhamdulillah juga, nurse dan doctor yang uruskan saya kat HUSM, semua perempuan… :D
Sangat2 puas hati dengan HUSM.. selesa, nurse baik, doctor pun baik, murah pun murah… saya stay kat hospital selama 4 hari, semuanya hanya rm82 termasuk bayaran bersalin.. Alhamdulillah… J

Dan, bila orang tanya tentang anak kedua, saya rasa macam ENTAHLAH… sbb takut sakit. Kalau x sakit macam anak pertama, beranak 20 orang pun takpe. Kikikiki :p

Orang kata, kalau kuat alahan masa mengandung, beranak nanti senang… ye lah kot. Saya dulu alahan teruk sangat time mengandung.

Tapi masalahnya, bila orang tanya SAKIT TAK BERANAK?? Saya tak dapat nak jawab apa2. Sebab saya tak rasa apa2 kesakitan.

Pesanan untuk ibu2 mengandung, baca banyak2 surah maryam. insyaAllah dipermudahkan. :)

Maka selamatlah saya melahirkan puteri sulong, Noor Alyaa Al Husni bt Noor Aiman.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

24.6.13

di penghujung kehamilan


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

 



 Alhamdulillah, sekarang dah 39 minggu ++ . bila2 masa je baby dalam perut ni boleh keluar.

Hopefully semuanya akan selamat. dan HOPEFULLY suami yang sedang berada di KL sempat balik before baby keluar.

orang kata dan internet kata dan doktor kata, biasa kalau dah rasa sakit, ibu hamil akan beranak dalam masa 8-12 jam untuk baby 1st. perjalanan dari KL - Kelantan dalam 5-7 jam kalau jalan tak jem. so, sempat lah. i hope i hope i hope. :D

now, dah rasa sikit2 sakit. means, bila2 masa pun baby boleh keluar nih. takut dan gementar, Allah je yang tahu.

due date terbaru, 24 jun. HARI INI !!!! gementar.gementar.gementar. RILEX~ kalau cuak sangat nanti, boleh effect proses kelahiran orang kata.

MANA TAK CUAK BILA TERBAYANGKAN IF JALAN X CUKUP LUAS, DOKTOR AKAN GUNTING !!!!!!!!! gunting wehhh... gunting...... of course la orang yang dah beranak akan kata "ala tak sakit la... masa tu sakit nak beranak lagi kuat dari sakit kena gunting tu". OH MAIIIII..... kena pisau kat jari pun dah demam. ni pulak nak kena gunting. Allah... kuatkanlah aku... T_____T

baby saya membesar secukupnya. last scan, 2.5kg... tapi tengok perut, rasanya lagi besor nih... hahahhahaa

please pray for me yerrr readers :)


buku pink saya. :D

ubat gedabak banyak nak kena makan.....


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

21.6.13

apa suami patut buat bila isteri hendak bersalin?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

sedang layari internet cari tanda2 awal kelahiran, proses kelahiran dan sebagainya, terjumpa artikel ni di laman web PAMA. sangat berguna, sangat berinformasi, dan sangat bermanfaat gitu... yg penting, haruslah dipraktikkan oleh sang suami..... :)

Dup dap dup dap rasanya jantung bila semakin dekat tarikh bersalin. Lebih-lebih lagi kalau ini pengalaman melahirkan anak pertama. Macam-macam perasaan dirasakan. Takut, risau, bimbang, kecut perut dan macam-macam lagi.

Tetapi jangan ingat yang anda seorang sahaja mengalami perasaan takut kerana suami juga sebenarnya merasakan perasaan yang sama. Mungkin si dia kelihatan macho dan tenang. Hakikatnya, sebagai bakal papa apatah lagi jika ia pertama kali, sudah tentu perasaan risau dan takut turut dirasakan.

Justeru itu, buatlah persediaan untuk menghadapi saat kecemasan apabila isteri mula menunjukkan sakit hendak bersalin. Carilah ilmu daripada mereka yang sudah berpengalaman atau membaca pelbagai panduan hadapi isteri bersalin yang ada di banyak majalah, buku dan internet.

Di harap panduan berikut sedikit sebanyak membantu mengurangkan debaran papa dan memahami peranan yang patut dilakukan dalam proses mencemaskan tersebut.

1. Faham Proses Awal Untuk Bersalin
Sebelum proses pelahiran, isteri akan mengalami sakit kontraksi (proses pembukaan pintu rahim untuk membolehkan bayi keluar). Suami perlu tahu bahawa kesakitan yang akan dialami isteri adalah berpanjangan. Emosi isteri jadi tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Janganlah anda pula yang menjadi marah dan enggan membantunya. Ketepikan ego seketika dan cuba mengalah kepada isteri pada saat kritikal ini.

2. Bersedia Fizikal Dan Mental
Suami perlu bersedia emosi dan fizikal kerana proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya malah kadang kala sehari suntuk. Bantulah menenangkan isteri anda ketika dia sedang sakit kontraksi. Memimpinnya berjalan dapat meredakan kesakitan. Berjalan dikatakan membantu mempercepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri untuk menenangkannya.

3. Bersabar Dengan Kerenah Isteri
Sakit kontraksi yang dialami isteri adalah sakit yang paling sakit. Jadi, emosi isteri akan berubah-ubah.  Pada peringkat awal kontraksi, kesakitan baru bermula dan tidak terlalu kerap, jadi urutan dan sentuhan dapat menenangkannya. Tetapi di hujung kontraksi, apabila kesakitan semakin kerap, isteri jadi serba tidak kena dan tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin boleh meninggikan suara. Cuba bersabar bila berdepan saat tersebut.

4. Tenangkan Isteri Untuk Fokus
Ketika sakit bersalin berlaku, isteri asyik memikirkan perkara buruk dan menjadi hilang fokus serta semakin gementar.  Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Bantu isteri bertenang dengan memberikan kata-kata semangat, bagi pasangan muslim, ajak isteri banyak mengucap, berselawat dan beristigfar. Suami juga perlu banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika menghadapi saat genting ini.

5. Jangan Tinggalkan Isteri Sendirian
Sokongan suami amat diperlukan oleh isteri ketika berhadapan saat mencemaskan ini. Jika boleh, jangan tinggalkan isteri, sentiasa berada di sisinya. Luahan perasaan kasih sayang dan kata-kata dorongan memberikan aura positif kepada isteri untuk kuat melalui saat getir bersalin.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

tanda awal bersalin


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

copied from http://pama.karangkraf.com

*untuk pembaca, juga untuk diri sendiri yang bakal melahirkan >___<
Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre. 
Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.
 
Rutin pemeriksaan

1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.
 
Proses kelahiran

1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
  • Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
  • Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

 2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

 3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

 Info

Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 

ohhhh... selamat menghadapi proses kelahiran ye diri sendiri ~!!! seriously nervous. tiap2 hari tanya kawan yang dah beranak "SAKIT TAK? SAKIT TAK? SAKIT TAK? aduhaiiii..... mata ni terbayang2 dah darah, luka yang besar, jahitan yang banyak, aduhhhhhh...... 

make me strong ya Allah..

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...