Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

27.3.11

jujur dari hati aku.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

akhir-akhir ini,
banyak sangat masalah yang melanda diri.
banyak sangat musibah yg dihadiahkan oleh Ilahi.
banyak sangat sayang dan benci dari insan insani.
banyak sangat cubaan duniawi.

diri ini kadang-kadang terjatuh dalam hamparan ujian,
sukar bangun walaupun tahu luasnya tebaran rahmat Tuhan,
tersungkur walaupun setia menanam ketabahan,
ingin terus bangkit sememangnya tersemat dalam impian,
sentiasa bermohon agar diberikan segala kekuatan,
bagi aku terus menghadapi cabaran,
supaya aku terus berjalan dalam kehidupan.

terkadang aku lemah tanpa pertolonganmu sayang,
terkadang aku jatuh mengharapkan tanganmu sayang,
terkadang aku malu denganmu sayang,
kerana aku bukanlah 'terkadang' menyusahkanmu sayang.

memang,
hidup didunia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan,
bukan juga sesuatu yang menyeksakan,
alangkah diciptakan segala keindahan,
supaya kita lupa akan segala kegusaran,
aku tahu semua ini mudah untuk diucapkan,
senang untuk dilafazkan,
lancar untuk dituturkan,
tapi tahukah kamu dan aku bahawa segala ini sukar dilakukan?
tapi tahukah kamu dan aku bahawa segala ini sulit dipertahankan?
tapi tahukan kamu dan aku bahawa semua ini payah diselindungkan?

tapi tahukah kamu dan aku bahawa semua ini susah disembunyikan?
ya, semestinya semua ini kau dan aku sudah fikirkan,
namun kenapa masih tiada dalam pengertian?

betul aku yang patut disalahkan,
betul kamu yang berada dalam kebenaran,
betul aku yang sering menyusahkan,
betul kamu yang sering aku susahkan.

seringkali aku lemas dalam kecemburuan,
namun semua itu bukan kerana kebencian,
aku bahagia dalam kelemasan,
kerana aku tahu aku cemburu kerana aku kasihkan.
dan aku yakin aku merajuk kadang-kadang semata demi pujukan,
dan aku pasti aku marah kadang-kadang semata demi belaian.

aku tahu siapa aku,
aku tahu dari mana aku,
aku tahu bagaimana aku,
aku tahu kau tak tahu siapa aku.

aku ingin memohon kemaafan,
dan aku mengharapkan kemaafan,
dan aku tetap mendambakan kemaafan,
dari insan,
juga dari Tuhan,
doakan aku terus hidup dalam sinaran,
juga mati meninggalkan dunia dalam kebenaran.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

0 orang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...