Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

7.9.15

Indahnya perancangan Allah


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Assalamualaikum... lamanya tak jenguk blog.. hari ni tiba2 terasa nak menulis...

terasa nak cerita tentang sweetnya Allah... indah betul apa yg Allah rencanakan.

untuk pengetahuan, kami sekeluarga menyewa kat Selangor... rumah kami sekarang tingkat 4, tiada lif, sewa RM400. murah tapi takde lif.. memang satu cabaran lagi2 bila aku tengah mengandung dan sekarang agak sarat. sebulan je lagi nak beranak.

Alyaa pulak baru belajar daki tangga.. lambat bebenor nak tunggu sampai tingkat 4. tu pun kalau time dia rajin mendaki... kalau takkkkkkk,,,, ibuuuu...kong.. abahhhh... kong.... maksudnya nak dukong laaaa... xnak jalan.. aduyaii... memang tak larat !!!!

so sambil2 tu cari jugak la rumah sewa area bawah.. survey2, rumah teres RM850-RM1200. rumah flat/apartment tingkat bawah RM600-RM800. mak oiiiii... mahalnya. deposit 2+1 pulak... ujian. masa tu kami takde saving banyak... saving2, balik kg, habis.... saving2, servis kete, motor, habissss... saving2, bayar roadtax kete pulakkk... habissss lagi..

tak ado la duit nak bayar deposit maksudnya. ujiannnnn..... stay la dulu level 4. bersusah-susah dahulu sekejap.... tapi dah genggam hasrat macam mana pun nakkk jugak cari rumah bawah.

tiba2 ada la satu rumah ground floor untuk disewakan. masa tu duit ada la sikit nak dijadikan deposit. kami suami isteri pun gi la tengok dulu rumah tu. block yang berbeza, parking memang susah kat block tu sbb tepi jalan..

yang bestnya block aku sekarang ni, ruang parking sangat luas sebab block hujung.. tak perlu bersesak nak double park bagai... siap boleh buat padang bola lagi ruang parking tu hahahah.

ok berbalik pada cerita rumah ground floor.

dah g tengok rumah tu, alahaii.. masalah la pulak. owner macam semacammm je.. pastu rumah tu pun nampak macam leaking dari paip sinki rumah atas... normal la kan rumah bertingkat tp macam tak selesa la... rumah dah renovated, siap lantai mozek.. (rumah aku sekarang tikar getah je).. ground floor pulak macam kotor je kaki lima depan tu sbb sampah dari atas.

fikir2, x jadi la sewa... stay la dulu rumah level 4 kitorang tu.... sambil menikmati angin menderu kuat.. sejuk ooo rumah level 4. tp fikirkan penat, tak tahan jugak la...

teruskan pencarian rumah sewa. masa tu fikir memang give up. taknak sewa rumah lain dah. nak penuhkan je rumah kosong kami tu dengan sedikit perabot/almari. stay situ je sampai pindah tempat kerja. nak sewa teres, memang kami tak mampu... minyak, tol, belanja dapur bulanan, kereta, sewa rumah, duit mengasuh Alyaa, ni Alyaa nak dapat adik, berganda lagi la duit mengasuh. memang sempitttt... tak mampu nak sewa teres. memang tak mampu. kalau sewa jugak, memang carik nahas. makan megi la jawabnya tiap hari. dalam masa sama, doa jugak la moga Allah permudahkan.... kalau Allah kata stay rumah sama tu bagus, takpa la nak buat camne... tp harap2 moga Allah bagi jalan lagi mudah la.... fikir fikir fikir tak habis... due date nak beranak dah dekat. lepas pantang nanti macam mana nak ulang alik dukung anak turun naik tingkat 4???? OH MYYYYYY.....

eventually,

amboi kemain omputih... secara kebetulan, time suami aku baru balik kedai tak silap, dia nampak ada owner rumah level 1 block kitorang tangga yg sama tgh tunjuk rumah kat org yg baru datang nak menyewa. (style rumah apartment sekarang, 1 tangga untuk 4 biji rumah je. rumah lain guna tangga lain. tak macam rumah flat dolu2, tangga kat tepi untuk semua rumah).

esoknya, ada tertampal no telefon owner.... RUMAH UNTUK DISEWA. terus kami call.

tapi masa tu owner kata dah ada org tengok dan nak sewa... alahaiiii, takde rezeki lagi lah maksudnya.....

tiba2 owner whatsapp kata boleh tengok rumah.. ALHAMDULILLAH.... ada peluang nih.

pukul 6 petang, kami turun tengok rumah. memang bawah rumah kami je.. ok la, rumah basic.. jiran tepi pun bela kucing dalam sangkar. Alyaa suka main kucing cuma aku yg malas nak bela.. boleh la Alyaa tumpang main... kawasan pun bersih. cuma maybe petang bising sikit la sebab rumah menghadap playground. jiran pun baik... (rumah aku sekarang, jiran budak2 bujang... bising tu biasa la.. kenal pun tidak.. maghrib2 pun melalak menyanyi..)

lepas tengok rumah, kami terus confirm je.. Alhamdulillah terus dapat. kebetulan duit pun ada nak buat deposit. cuma sewa up sikit dari rumah sekarang.. RM550... nak minta kurang dah tak berani sebab orang yang nak sewa sebelum kami tu owner tak bagi sewa sebab orang tu minta kurang sewa... haaa berani kau nak minta kurang? tak pasal putih mata stay je la level 4 hahaha.

so sekarang ni tunggu masa la nak pindah ke level 1. disebabkan aku dah nak beranak, dah nak balik kampung minggu ni, tinggallah en suami sorang2 untuk setelkan kemas barang angkat barang semua... kurus la sikit nanti huahuahuahuahua....

nasib baik turun level tangga yang sama je.block yang sama. tak risau bab parking sbb ruang luas. memang indah perancangan Allah kan? Dia delaykan dulu kami pindah.... sebab Dia nak bagi kami sewa rumah bawah niii je.... senang nak angkat barang, x payah guna lori. MaasyaAllahhh.... sweet sungguh Allah.

sebab tu la kita tak boleh sangka buruk dengan Allah... kena sentiasa sangka baik je... pasni kami dah tak risau la nak angkut barang ke, nak shopping ke, nak dukung anak ke, level 1 je.. hihihi


ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAAAL ^__^
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

3.3.14

sesat?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

kadang-kadang
kita tersesat.

padahal jalan yang kita lalui itu adalah jalan yang lurus.

jalan yang sepatutnya kita tak sesat.

dan,
padahal jalan tu selalu kita guna.

tapi kita masih sesat.


mungkin sekarang kita ketawakan mereka yang mencari jalan,
ingin keluar dari kesesatan.

tak mustahil suatu hari nanti kita akan berada ditempat mereka.

masa tu boleh kita ketawa lagi?

akan ada yang bertanya,

"macam mana supaya tidak sesat"?

senang.

bagi aku,

GUNALAH WAZE. install je kat android masing-masing okeyyyy. :p
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

13.1.14

come again with crafts.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

kekangan masa, assignments, exams, kerja = jarang masa nak online.

padahal semuanya sebab internet yang sangat slow.

harini asrama dah kosong. so internet SUPER-DUPER LAJU~

sepanjang menyepi, banyak hasil craft yang dah saya hasilkan...

quilling - handmade book - guest book - cards - dan lain-lain.

malas nak taip banyak. tengok gambar jom :D

first hand-made book.


i just love this! :D

my second hand-made book

my third. :D

try buat card potong2 jahit2 :p

jatuh cinta

love this!

comel x? beli @ Mr.DIY

boring2 buat burung :)

macam comel je :p

in love

kitar semula bunga yang tak digunakan.

guest book utk sahabat yg bakal berkahwin ^__^

guest book cover for another friend. :)

my 2nd handmade book.

sekian :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

25.8.13

Pengalaman bersalin kali pertama, INDUCE TIGA KALI.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)




Orang kata sakit bersalin SANGAT-SANGAT sakit. Sakit kedua selepas sakit kematian. Allah, masa nak bersalin tu, memang sangat2 takut dan gementar. Panic pun ada.. Allah je yang tahu.

Sepatutnya bersalin akhir bulan Jun… Disebabkan overdue 12 hari, doctor klinik kesihatan suruh gi terus ke hospital. Kena masuk wad sebab bimbang baby dalam kandungan lemas, termakan najis atau dalam bahaya…

Balik dari klinik, terus bukak internet, baca tentang sakit induce, sakit contraction blab la bla….

So 4 July tu, bergeraklah ke HUSM Kubang Kerian dihantar oleh member, Inzzati dan ditemani oleh my parents in law, mama dan abah… pagi2 lagi dah gerak g hospital. Sampai sana, memang kena masuk ward… masuk je laaaa~~ takut tu memang la takut. Macam taknak bersalin. Masuk ward tu ibarat nak masuk ke mulut singa. Hahahahahha

Kat HUSM, x leh sapa2 temankan kecuali waktu melawat je pelawat boleh masuk. Means pukul 1 ptg hingga 2 ptg, pukul 5 ptg hingga 7 ptg. Masa masuk ward hari pertama, hubby masih lagi kat KL. After that baru dia balik Kelantan. Dah jumpa hubby, terus jadi manja. Takut punya pasal. Panic…panic…panic….!!!!!!!

Hari pertama tak ada apa2 aktiviti. Keesokan harinya, doctor panggil masuk bilik untuk check jalan. First time check jalan, YA ALLAH… SAKIT !!!! doctor tu seluk siap pusing2 tangan. Masa tu fikir, kalau la check jalan dah sakit camni, beranak mesti lagi sakit.. waaaa… masa tu rasa x nak beranak sungguh ! nak mengandung sahaja sampai bila2. LOL

Disebabkan jalan belum buka, terpaksa induce. Alhamdulillah induce tu tak sakit. Dia just letakkan ubat je. Dan kali pertama tu, takde apa2 kesan. Petang tu, doctor nak check jalan lagi. Kena bertahan lagi. Sakit woo… menangis. Serius. Hahahahahha

Jalan belum buka. Ohmai… maksudnya nak kena induce lagi. Induce kali kedua, memang emosi dah tak stabil. Masa tu duk kat surau je. Solat, solat hajat, baca quran, baca banyak2 surah maryam, doa banyak2 minta Allah permudahkan dan minta Allah kurangkan kesakitan.

Lepas induce kali kedua, effect dia dah mula terasa. Sakit pinggang Allah je yang tahu.. sampai menangis2 depan hubby. Depan hubby je lah… depan org lain pura2 ketawa.. LOL. Pelakon yang hebat… sakitnya tak tertanggung. Tapi bila tidur mengiring, hilang pulak sakit tu…

Bila nurse tanya “Dah ada rasa contraction ke belum???”, saya jawab TAK TAHU. Sebab x tahu pun sakit contraction tu macam mana. Rasa sakit pinggang je… nurse suruh masuk bilik doctor utk check jalan sekali lagi… ADUHAI,, check jalan lagi…..

Dan kali ni, doctor India yang check jalan. ALLAH !!!!!!!!! dah la GANAS, KASAR, jarinya pulak BESAR. Sempat pulak dia seluk, pusing2 tangan, godak2, dan BERBUAL gelak2 dengan nurse lain. Memang rasa macam NAK TERAJANG JE DOCTOR NIH!!!!!!! Tolonglah. Dah serik dan perit nak check jalan….

Mula2 ingatkan sakit pinggang tu adalah sakit contraction, rupanya TIDAK… doctor india tu kata jalan belum buka….. soooooo,,, INDUCE KALI KE-TIGA!!!

Masa tu dah pasrah. Terpulang lah doctor nak buat apa. Nak seluk banyak mana pun. Sukahati la. Dah mengalah. Haha

Doctor kata, kalau induce kali ketiga ni jalan still x buka, terpaksa operate sebab bimbang keadaan baby.. dan of course, saya adalah pesakit yang diperhatikan oleh nurse dan doctor. Sebab bimbang bayi mati dalam kandungan.. nauzubillah.

Induce kali ketiga… lepas induce, terus masuk surau, solat, mengaji, doa moga Allah permudahkan.. pastu naik katil, menangis. HAHA. Nasib baik katil hujung, so menangis ngadap dinding…malam  tu doctor check jalan, ALHAMDULILLAH dia kata dah terbuka sedikit. Malam tu boleh terus masuk labour room. Nurse dah tolong packing2 barang baby yang diperlukan.

PANIK !!!! PANIK !!! PANIK !!!! call hubby kata dah nak masuk labour room malam tu, minta dia datang. Nasib baik hospital benarkan suami masuk utk teman isteri beranak. Pukul 9 malam nurse datang bagitahu kena tunggu dulu sebab labour room penuh… dalam sakit2 pinggang tu, boleh pulak tertidur… haha

Pukul 12 tghmlm, nurse datang panggil masuk labour room. Kesian hubby,  dari pukul 10  lagi dia datang…
Masuk labour room, terus rasa macam nak berak. Baru teringat yg dah 2 hari x berak.. minta nak g buang tapi doctor kata x payah. Takut teran2, terberanak dalam jamban. HAHA.

Doctor check jalan, dan dia kata JALAN TAK BUKA PUN !!!!  alahai…. So macam mana ni??? Czer pun czer jelah doctor wehhh… kesian anak I nanti~~~~~~~

So doctor tu usaha jugak pusing2 tangan dia sbb nak bagi jalan buka. Nasib baik x rasa sakit pun dia buat…. Dan dia kata dah boleh nak pecahkan ketuban… pukul 12.45pg, ketuban dipecahkan.. dan dia suruh bersedia utk rasai sakit contraction. Masa tu memang takut… sebab tak tahu sakit macam mana…

Lepas pecah ketuban, saya terus tanya doctor, agak2 pukul berapa akan beranak? Doctor kata dalam pukul 5 atau 6 pagi. Okay… 5,6 jam la nak kena hadap sakit… Allahu Allah… hubby dibenarkan masuk lepas pecah ketuban… ada la peneman~
Nurse ada letakkan alat kat perut utk check perjalanan contraction. Nurse kata dah ada contraction yg kuat, tapi saya masih tak rasa apa2 kesakitan. Masa tu doa banyak2 supaya x rasa sakit. Takut! Hehe.

Nurse pesan, kalau ada rasa sakit, dan x tahan, sedut gas yang disediakan… disebabkan saya ni penakut yang amat, saya terus sedut gas tu walaupun belum rasa sakit apa2..

Lepas sedut gas tu, memang rasa khayal dan….. saya TERTIDUR. Hahahaha… memang betul2 tidur yang lena. Pegang corong gas kuat2 xnak bagi nurse bukak. HAHAHA

Alhamdulillah takde rasa sakit apa2.. tapi hubby kata, muka saya berkerut2 tahan sakit. Maybe sakit tu ada, Cuma otak tengah khayal so saya tak dapat rasa..

Pukul 3 pagi, tersedar sebab rasa macam nak berak sangat2… dalam keadaan khayal dan tidur lena, saya meneran tanpa dapat dikawal. Serious rasa macam sembelit. Lepas tu dengar bunyi bising2 suara nurse suruh angkat kaki, buka kaki, tarik nafas, teran…

Hubby dah bising2 tepi telinga suruh teran la, kata dah nampak rambut baby la…

Masa tu rasa macam, betul ke aku nak beranak ni? Baru pukul 3… doctor kata pukul 5 atau 6 baru akan beranak…lagipun takde rasa sakit apa2 pun… aikkk…

Disebabkan oleh kekeliruan yang dihadapi dan serabut dengan suara yang bising2,,terus saya jerit,”SAYA NAK BERAK LA!!!! BUKAN NAK BERANAK!!!!”

Nurse terus kata,”NAK BERAK, BERAK LA!!!” maybe nurse dah stress dengan saya kot. Hahahaha

Teran2 berak, rasa macam pedih2.. teringat video org bersalin kena gunting. Terus saya jerit “MISI TUNGGU KEJAP MISI….”. aduhai, sempat lagi teringat video itu ini.. teran2,  terus terkeluar baby. Terus jerit “NURSE!!!! LEGANYA!!!~~~” hahahahhaa… x malu betul.

Nurse gelak2, tunjuk baby dan kata “ HAA NI LA HASIL AWAK BERAK” :p
Alhamdulillah BABY GIRL~

Lepas tu hubby kena keluar.. baby dah dibawa pergi utk dibersihkan.. dan nurse tu suruh tahan sikit sebab nak jahit.

Dengar je perkataan jahit, saya terus kata, “MISI TUNGGU JAP. SAYA NAK SEDUT GAS DULU.. MISI JAHIT BILA SAYA DAH KHAYAL YERRRR~~!!!!”

Nurse tu dah memang stress dengan saya kot.. dia just jawab “yelah..yelah.. sedutlah..” kesian nurse tu.
Lepas jahit, pindah katil, terus masuk ward.. Alhamdulillah selamat…

Dan, Alhamdulillah bersalin tanpa rasa sakit apa2… maybe sbb banyak baca surah maryam.. Alhamdulillah…

Havoc sangat pengalaman saya dalam labour room. Bila cerita kat orang, semua gelak2… dan paling x tahan, boleh pulak tertidur sebelum beranak.. hohooo

Dan Alhamdulillah juga, nurse dan doctor yang uruskan saya kat HUSM, semua perempuan… :D
Sangat2 puas hati dengan HUSM.. selesa, nurse baik, doctor pun baik, murah pun murah… saya stay kat hospital selama 4 hari, semuanya hanya rm82 termasuk bayaran bersalin.. Alhamdulillah… J

Dan, bila orang tanya tentang anak kedua, saya rasa macam ENTAHLAH… sbb takut sakit. Kalau x sakit macam anak pertama, beranak 20 orang pun takpe. Kikikiki :p

Orang kata, kalau kuat alahan masa mengandung, beranak nanti senang… ye lah kot. Saya dulu alahan teruk sangat time mengandung.

Tapi masalahnya, bila orang tanya SAKIT TAK BERANAK?? Saya tak dapat nak jawab apa2. Sebab saya tak rasa apa2 kesakitan.

Pesanan untuk ibu2 mengandung, baca banyak2 surah maryam. insyaAllah dipermudahkan. :)

Maka selamatlah saya melahirkan puteri sulong, Noor Alyaa Al Husni bt Noor Aiman.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

26.6.13

hobi bila tak tidur malam: Quilling.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

tri-shutter card TRIAL


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

baru je kenal dengan tri-shutter card ni. AWESOME. creative betul siapa yang reka tuh.

dan selepas menghabiskan 2,3 helai kertas untuk cuba buat, berhasil lah jugak walaupun tak berapa cantik memandangkan kurang bahan seperti kertas corak2.. hihi.

dan hasilnya:




p/s : card ni awesome sebenarnya tapi hasil yang saya buat tak awesome. hahaha
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

25.6.13

Novel fixi PECAH dah jadi movie PECAH


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

long-long-long time ago, not so long pun sebenarnya, saya start berminat dengan novel fixi. tapi yang sedih dan sadisnya, antara banyak2 novel fixi, hanya novel PECAH yang saya baca.

dan seriously cerita dia sangat best dan tricky. ini ENTRY saya tentang novel tu.

serious serious sangat best. tapi kalau jenis kepalaotak yang blur2, yang lurus2, x yah baca la novel tu. sebab semua cerita berkait rapat dan memerlukan otak yang aktif dan ligat berfikir. serta tidak nyanyuk. HAHA

baru2 ni ternampak 1 iklan kat TV. tentang upcoming movie (before released) kat wayang. bila tengok je iklan tu, den rasa macam EH EH NI MACAM CERITA PECAH NI.... hambekau, memang PECAH. of course la x dapek den nak nonton kek wayang... tunggu beli DVD jela. and hopefully movie dia sama best dengan novel dia.

tapi saya agak la kan, movie x kan jadi se-BEST novel. sebab???

- sebab kalau novel, watak2 dia kita ingat NAMA je... so bila ada nama yg sama dalam cerita watak lain, kita akan mula berfikir, EH.. NI WATAK TADI... LAAA. ADA KAITAN RUPANYA...

- tapi kalau movie, kita tengok dengan mata sendiri pelakonnya. so x tricky sangat lah kot.

AS FOR ME... ceritanya x tengok lagi kan.... tunggu la nanti ada masa, saya nengok. hehe

plus, pasti akan ada scene dalam novel yang takkan dilakonkan....

apapun, tunggu tengok cerita dia dulu camne. :D
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

24.6.13

do it yourself : bekas letak PENA.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


 takde la lawa sangat tapi OK la... haha. kan? say YES please.

tahu macam mana nak hasilkan benda ni? SENANG SAHAJA.

barang yang diperlukan:

1) jar atau mug atau gelas yang sudah tidak digunakan
2) cengkerang siput yang boleh dikutip kat pantai
3) kalau ada patung2 kecik bentuk ikan atau bear atau apa2 sahaja, pun boleh....
4) kain jerami. nak guna kertas pun boleh. nak guna kain guni pun boleh.
5) glue gun. senang nak tampal.

firstly sorry sangat sebab tak ada gambar keseluruhan. so i'll just mention the steps la ye.

> memula bersihkan mug @ jar.
> tampal kain guni atau kain jerami kat mug atau jar guna glue gun.
> hias dengan cengkerang atau apa2 yang digemari. tampal guna glue gun.
> biarkan kering dan melekat betul

SIAP !! senang kan??

hasilnya..........



boleh letak segala PENA. :D

*depan rumah saya ada pantai so senang la nak dapatkan stok cengkerang. hahahahaha
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

resepi : cara buat kek batik yang SIMPLE


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



dan saya post ini sebab nanti bila saya nak buat kek batik saya akan buka balik post ni. hihihi

Resepi kek batik simple :)

Bahan-bahan
1 cawan mentega
1 cawan milo
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan air
1 paket biskut marie
Cara-cara

pukul telur mentega sehingga kembang
sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur
kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika
pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati
masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk. sedia untuk dihidangkan

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

di penghujung kehamilan


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

 



 Alhamdulillah, sekarang dah 39 minggu ++ . bila2 masa je baby dalam perut ni boleh keluar.

Hopefully semuanya akan selamat. dan HOPEFULLY suami yang sedang berada di KL sempat balik before baby keluar.

orang kata dan internet kata dan doktor kata, biasa kalau dah rasa sakit, ibu hamil akan beranak dalam masa 8-12 jam untuk baby 1st. perjalanan dari KL - Kelantan dalam 5-7 jam kalau jalan tak jem. so, sempat lah. i hope i hope i hope. :D

now, dah rasa sikit2 sakit. means, bila2 masa pun baby boleh keluar nih. takut dan gementar, Allah je yang tahu.

due date terbaru, 24 jun. HARI INI !!!! gementar.gementar.gementar. RILEX~ kalau cuak sangat nanti, boleh effect proses kelahiran orang kata.

MANA TAK CUAK BILA TERBAYANGKAN IF JALAN X CUKUP LUAS, DOKTOR AKAN GUNTING !!!!!!!!! gunting wehhh... gunting...... of course la orang yang dah beranak akan kata "ala tak sakit la... masa tu sakit nak beranak lagi kuat dari sakit kena gunting tu". OH MAIIIII..... kena pisau kat jari pun dah demam. ni pulak nak kena gunting. Allah... kuatkanlah aku... T_____T

baby saya membesar secukupnya. last scan, 2.5kg... tapi tengok perut, rasanya lagi besor nih... hahahhahaa

please pray for me yerrr readers :)


buku pink saya. :D

ubat gedabak banyak nak kena makan.....


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

room decoration & craft tools


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


I have my own room kat rumah. Ceit, of course la kan. Tapi bilik ni saya jarang guna sebab stay kat asrama. Saya tak ada kakak atau adik perempuan. I am the only daughter. So kalau saya tak ada, memang bilik ni akan kosong dan tak ada sesiapa pun masuk. Plus, my family members bukan jenis yang suka2 hati masuk bilik orang tu orang ni. Melainkan ada keroje... So, my parents, abang, dan adik, takkan masuk bilik saya. Dan bilik saya di-kunci siaaapppp bila saya balik asrama atau balik rumah mertua. Sampai gitu sekali. Hahahahhahaha

Dan disebabkan tuan punya bilik jarang balik dan jarang guna bilik, maka berselerak berserabut berserabailah bilik ni.... Dengan buku2 yang banyak, baju2 yang banyak, kain2 yang banyak, barang2 yang banyak, sakit kepala den.

Bilik bukannya besar sangat tapi barang berlori.

Untuk pengetahuan, saya ni pengumpul. Banyak benda saya kumpul. Antara 1 benda yang saya kumpul adalah buku-buku dan kertas-kertas serta soalan-soalan peperiksaan sejak sekolah rendah>menengah>cfs>uia. Semua saya kumpul. Kalau kertas sahaja dah sekotak, cuba bayangkan benda2 lain. Berapa kotak agaknya? :p

Sekarang, tengah cuti semester selama 3 bulan.  Cuti dulu tak ambik sem pendek sebab nikah. Cuti ni tak ambik sem pendek sebab beranak. Hoho… nak duduk lama2 dalam bilik, maka buat keputusan untuk kemas bilik. Kemas rak buku. Kemas almari. Kemas rak baju. Kemas segalanya.

Dan disebabkan saya dah x duduk kat asrama, (menyewa kat luar asrama), maka banyak la barang yang dibawa balik sebab dah keluar terus dari tempat menyewa tu.  Berkotak2…  kotak2 yang ada buku2 sem2 lepas dan baju2 yang tak dipakai, terus bawa masuk letak dalam bilik abang bawah katil. Sebab bawah katil dia kosong.. yang mana nak digunakan, bergelimpangan dalam bilik sendiri.

Saya pulak jenis yang suka ber”craft”. Maka banyak la barang2 craft. Ribbon, papers, tools, etc. tak ada tempat nak letak dah.

OLEH KERANA ITU, saya telah membuat keputusan untuk mengemas dan membuang apa yang tak patut.

Saya buang buku-buku lama (buku sekolah rendah dan menengah) yang tak dapat di “re-use” atau tak dijadikan rujukan lagi.
Saya sedekah baju2 t-shirt dan baju kurung yang saya dah jarang pakai kat orang. Tapi saying sebenarnya Y__Y
Saya susun balik buku2 mengikut klasifikasi. Ilmiah bersama ilmiah, novel bersama novel, dan sebagainya.
Saya buat sendiri tempat untuk gantung reben craft yang banyak tu. DIY la kan.
Saya letak handbag yang jarang digunakan dalam kotak, letak kotak bawah katil.
Saya susun balik baju2 mengikut klasifikasi. Baju kurung gantung2, baju harian gantung2 lipat2, baju baby, susun2.  Baju yang tak pakai, memang masuk kotak masuk bawah katil.

And then, DONE!!!! bilik saya dah bersih dan sedikit luas. Ada la tempat nak landing2 atas lantai. Hahahahhaa. I like my new room. Takde lah new pun. Cuma new arrangement dan decoration. :p

Tapi saya tahu, nanti semua barang2 kena masuk kotak balik, kena angkut gi KL balik. HUH. Penat je…. Hias cantik2 kemas2 pastu kena kemas balik. U___U

I hope nanti akan  ada rumah sendiri atau perluaskan rumah sedia ada pastu buat 1 ruang atau bilik as library, letak segala buku kat situ dan jadikan 1 sudut sebagai sudut untuk saya bercraft. I hope I hope I hope !!!! :D

Naaahh, saya upload sedikit gambar.

Rak buku:

banyak sangat buku. ni pun dah separuh dibuang. rak atas terpaksa disusun tindih2 sebab no space dan rasa macam isi kandungan buku menyebabkan buku itu tak boleh diletakkan kat bawah. banyak sangat perhiasan. KAN? semua yang orang bagi. nak buang, sayang....
main susun je gambar dan perhiasan tu. dan, ada perhiasan yang terselindung disebalik frame gambar. nak buat canoooo... hahaha
novels. saya suka biasa2 je baca novel. tak addicted pun. sebelum-sebelum ni memang jarang sangat  beli novel. cuma sekarang ni banyak novel sebab beli guna Voucher Buku 1 Malaysia. hahahaha. salahguna. Terima kasih kerajaan. :p


al-quran dan buku-buku ilmiah disusun di rak atas. so bila berlunjur, x de la kaki menghala buku2 ni. :)

campur sekali dengan buku belajar jugak sebenarnya. kikiki


himpunan pen2 dan marker2 diletakkan dalam mug dan letak sekali dengan novel.

Meja dan Craft Tools/Items:

meja yang bila kemas sepah balik bila kemas sepah balik. sabar je lah.


reben yang tak tahu macam mana nak simpan. tak ada tempat. so, buat tali, gantung reben. NICE. haha

reben. dan kat hujung nuh, bukan reben, tapi sellotape.

reben kain dan plastik.
sellotape yang ada corak-corak.

bunga quilling yang dah siap, letak dalam bekas lutsinar, senang nak intai. hehe

ni belum siap jadi bunga.
 

pen warna warni hasil beli guna baucer buku.
  
gam untuk quilling. bukan beli guna baucer. hahahahhaha. sekarang ni guna gam UHU dulu. dah habis UHU, baru nak try guna gam putih. dan 2 botol kurus kecil tu adalah gam yang ada benda sinar2 apakenama ntah.
dalam rak meja pulak letak puncher, stapler, gunting, pembaris, stamps, bintang2 untuk ditampal, dan sebagainya.
 
then, saya teringat bahawa saya pernah beli softboard.. terus keluarkan dan tampat kat dinding, depan meja. boleh jugak guna untuk paste something. pastu letak lebihan reben kat atas. pastu kepit gambar diri sendiri bersama suami. tapi, awat huduh sangat????
 

 disebabkan nampak huduh, saya pun lekatkan bunga quilling kat bucu dia. bersama reben. nampak better la sikit. kan? hahaha. setuju please~
 





amacam? lawa lah sikit kan... hahahhaa. btw, softboard tu saya tampal guna sellotape je. dan nampak macam x kuat sangat melekat. means, TUNGGU MASA NAK TERCABOT.

ok. for now, saya suka apa yang saya dah buat. pasni pasti mess balik. dan pasni mesti kena masuk kotak balik, bawak g KL bila sem baru dah bukak. wuuuu.... sedih.

p/s : gambar2 ni semua saya snap guna kamera baru abah. SUKA. sebab sangat cerah, sangat terang dan sangat cantik gambarnya. oh, kamera saya bersama en suami kat KL nuh. :)

p/s 2: saya angkat rak pakaian, alihkan dari tepi pintu ke tepi almari. ini kalau en suami tahu, memang MASAK la~ tanpa pengetahuan dan keizinan tu. hohoooo... dah la berat. pastu tolak pulak almari pakaian sebab nak bagi ada ruang utk letak rak. double2 beratnya.

p/s 3: sorry post panjang.

p/s 4: ok bye.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...