Orang kata sakit bersalin SANGAT-SANGAT sakit. Sakit kedua
selepas sakit kematian. Allah, masa nak bersalin tu, memang sangat2 takut dan
gementar. Panic pun ada.. Allah je yang tahu.
Sepatutnya bersalin akhir bulan Jun… Disebabkan overdue 12
hari, doctor klinik kesihatan suruh gi terus ke hospital. Kena masuk wad sebab
bimbang baby dalam kandungan lemas, termakan najis atau dalam bahaya…
Balik dari klinik, terus bukak internet, baca tentang sakit
induce, sakit contraction blab la bla….
So 4 July tu, bergeraklah ke HUSM Kubang Kerian dihantar
oleh member, Inzzati dan ditemani oleh my parents in law, mama dan abah… pagi2
lagi dah gerak g hospital. Sampai sana, memang kena masuk ward… masuk je laaaa~~
takut tu memang la takut. Macam taknak bersalin. Masuk ward tu ibarat nak masuk
ke mulut singa. Hahahahahha
Kat HUSM, x leh sapa2 temankan kecuali waktu melawat je
pelawat boleh masuk. Means pukul 1 ptg hingga 2 ptg, pukul 5 ptg hingga 7 ptg.
Masa masuk ward hari pertama, hubby masih lagi kat KL. After that baru dia
balik Kelantan. Dah jumpa hubby, terus jadi manja. Takut punya pasal.
Panic…panic…panic….!!!!!!!
Hari pertama tak ada apa2 aktiviti. Keesokan harinya, doctor
panggil masuk bilik untuk check jalan. First time check jalan, YA ALLAH… SAKIT
!!!! doctor tu seluk siap pusing2 tangan. Masa tu fikir, kalau la check jalan
dah sakit camni, beranak mesti lagi sakit.. waaaa… masa tu rasa x nak beranak
sungguh ! nak mengandung sahaja sampai bila2. LOL
Disebabkan jalan belum buka, terpaksa induce. Alhamdulillah
induce tu tak sakit. Dia just letakkan ubat je. Dan kali pertama tu, takde apa2
kesan. Petang tu, doctor nak check jalan lagi. Kena bertahan lagi. Sakit woo…
menangis. Serius. Hahahahahha
Jalan belum buka. Ohmai… maksudnya nak kena induce lagi.
Induce kali kedua, memang emosi dah tak stabil. Masa tu duk kat surau je.
Solat, solat hajat, baca quran, baca banyak2 surah maryam, doa banyak2 minta
Allah permudahkan dan minta Allah kurangkan kesakitan.
Lepas induce kali kedua, effect dia dah mula terasa. Sakit
pinggang Allah je yang tahu.. sampai menangis2 depan hubby. Depan hubby je lah…
depan org lain pura2 ketawa.. LOL. Pelakon yang hebat… sakitnya tak
tertanggung. Tapi bila tidur mengiring, hilang pulak sakit tu…
Bila nurse tanya “Dah ada rasa contraction ke belum???”,
saya jawab TAK TAHU. Sebab x tahu pun sakit contraction tu macam mana. Rasa
sakit pinggang je… nurse suruh masuk bilik doctor utk check jalan sekali lagi…
ADUHAI,, check jalan lagi…..
Dan kali ni, doctor India yang check jalan. ALLAH !!!!!!!!!
dah la GANAS, KASAR, jarinya pulak BESAR. Sempat pulak dia seluk, pusing2
tangan, godak2, dan BERBUAL gelak2 dengan nurse lain. Memang rasa macam NAK
TERAJANG JE DOCTOR NIH!!!!!!! Tolonglah. Dah serik dan perit nak check jalan….
Mula2 ingatkan sakit pinggang tu adalah sakit contraction,
rupanya TIDAK… doctor india tu kata jalan belum buka….. soooooo,,, INDUCE KALI
KE-TIGA!!!
Masa tu dah pasrah. Terpulang lah doctor nak buat apa. Nak
seluk banyak mana pun. Sukahati la. Dah mengalah. Haha
Doctor kata, kalau induce kali ketiga ni jalan still x buka,
terpaksa operate sebab bimbang keadaan baby.. dan of course, saya adalah
pesakit yang diperhatikan oleh nurse dan doctor. Sebab bimbang bayi mati dalam
kandungan.. nauzubillah.
Induce kali ketiga… lepas induce, terus masuk surau, solat,
mengaji, doa moga Allah permudahkan.. pastu naik katil, menangis. HAHA. Nasib
baik katil hujung, so menangis ngadap dinding…malam tu doctor check jalan, ALHAMDULILLAH dia kata
dah terbuka sedikit. Malam tu boleh terus masuk labour room. Nurse dah tolong
packing2 barang baby yang diperlukan.
PANIK !!!! PANIK !!! PANIK !!!! call hubby kata dah nak
masuk labour room malam tu, minta dia datang. Nasib baik hospital benarkan
suami masuk utk teman isteri beranak. Pukul 9 malam nurse datang bagitahu kena
tunggu dulu sebab labour room penuh… dalam sakit2 pinggang tu, boleh pulak
tertidur… haha
Pukul 12 tghmlm, nurse datang panggil masuk labour room.
Kesian hubby, dari pukul 10 lagi dia datang…
Masuk labour room, terus rasa macam nak berak. Baru teringat
yg dah 2 hari x berak.. minta nak g buang tapi doctor kata x payah. Takut
teran2, terberanak dalam jamban. HAHA.
Doctor check jalan, dan dia kata JALAN TAK BUKA PUN !!!! alahai…. So macam mana ni??? Czer pun czer
jelah doctor wehhh… kesian anak I nanti~~~~~~~
So doctor tu usaha jugak pusing2 tangan dia sbb nak bagi
jalan buka. Nasib baik x rasa sakit pun dia buat…. Dan dia kata dah boleh nak
pecahkan ketuban… pukul 12.45pg, ketuban dipecahkan.. dan dia suruh bersedia
utk rasai sakit contraction. Masa tu memang takut… sebab tak tahu sakit macam
mana…
Lepas pecah ketuban, saya terus tanya doctor, agak2 pukul
berapa akan beranak? Doctor kata dalam pukul 5 atau 6 pagi. Okay… 5,6 jam la
nak kena hadap sakit… Allahu Allah… hubby dibenarkan masuk lepas pecah ketuban…
ada la peneman~
Nurse ada letakkan alat kat perut utk check perjalanan
contraction. Nurse kata dah ada contraction yg kuat, tapi saya masih tak rasa
apa2 kesakitan. Masa tu doa banyak2 supaya x rasa sakit. Takut! Hehe.
Nurse pesan, kalau ada rasa sakit, dan x tahan, sedut gas
yang disediakan… disebabkan saya ni penakut yang amat, saya terus sedut gas tu
walaupun belum rasa sakit apa2..
Lepas sedut gas tu, memang rasa khayal dan….. saya TERTIDUR.
Hahahaha… memang betul2 tidur yang lena. Pegang corong gas kuat2 xnak bagi
nurse bukak. HAHAHA
Alhamdulillah takde rasa sakit apa2.. tapi hubby kata, muka
saya berkerut2 tahan sakit. Maybe sakit tu ada, Cuma otak tengah khayal so saya
tak dapat rasa..
Pukul 3 pagi, tersedar sebab rasa macam nak berak sangat2…
dalam keadaan khayal dan tidur lena, saya meneran tanpa dapat dikawal. Serious
rasa macam sembelit. Lepas tu dengar bunyi bising2 suara nurse suruh angkat
kaki, buka kaki, tarik nafas, teran…
Hubby dah bising2 tepi telinga suruh teran la, kata dah
nampak rambut baby la…
Masa tu rasa macam, betul ke aku nak beranak ni? Baru pukul
3… doctor kata pukul 5 atau 6 baru akan beranak…lagipun takde rasa sakit apa2
pun… aikkk…
Disebabkan oleh kekeliruan yang dihadapi dan serabut dengan
suara yang bising2,,terus saya jerit,”SAYA NAK BERAK LA!!!! BUKAN NAK
BERANAK!!!!”
Nurse terus kata,”NAK BERAK, BERAK LA!!!” maybe nurse dah
stress dengan saya kot. Hahahaha
Teran2 berak, rasa macam pedih2.. teringat video org
bersalin kena gunting. Terus saya jerit “MISI TUNGGU KEJAP MISI….”. aduhai,
sempat lagi teringat video itu ini.. teran2, terus terkeluar baby. Terus jerit “NURSE!!!!
LEGANYA!!!~~~” hahahahhaa… x malu betul.
Nurse gelak2, tunjuk baby dan kata “ HAA NI LA HASIL AWAK
BERAK” :p
Alhamdulillah BABY GIRL~
Lepas tu hubby kena keluar.. baby dah dibawa pergi utk
dibersihkan.. dan nurse tu suruh tahan sikit sebab nak jahit.
Dengar je perkataan jahit, saya terus kata, “MISI TUNGGU
JAP. SAYA NAK SEDUT GAS DULU.. MISI JAHIT BILA SAYA DAH KHAYAL YERRRR~~!!!!”
Nurse tu dah memang stress dengan saya kot.. dia just jawab
“yelah..yelah.. sedutlah..” kesian nurse tu.
Lepas jahit, pindah katil, terus masuk ward.. Alhamdulillah
selamat…
Dan, Alhamdulillah bersalin tanpa rasa sakit apa2… maybe sbb
banyak baca surah maryam.. Alhamdulillah…
Havoc sangat pengalaman saya dalam labour room. Bila cerita
kat orang, semua gelak2… dan paling x tahan, boleh pulak tertidur sebelum
beranak.. hohooo
Dan Alhamdulillah juga, nurse dan doctor yang uruskan saya
kat HUSM, semua perempuan… :D
Sangat2 puas hati dengan HUSM.. selesa, nurse baik, doctor pun
baik, murah pun murah… saya stay kat hospital selama 4 hari, semuanya hanya
rm82 termasuk bayaran bersalin.. Alhamdulillah… J
Dan, bila orang tanya tentang anak kedua, saya rasa macam
ENTAHLAH… sbb takut sakit. Kalau x sakit macam anak pertama, beranak 20 orang
pun takpe. Kikikiki :p
Orang kata, kalau kuat alahan masa mengandung, beranak nanti
senang… ye lah kot. Saya dulu alahan teruk sangat time mengandung.
Tapi masalahnya, bila orang tanya SAKIT TAK BERANAK?? Saya
tak dapat nak jawab apa2. Sebab saya tak rasa apa2 kesakitan.
Pesanan untuk ibu2 mengandung, baca banyak2 surah maryam.
insyaAllah dipermudahkan. :)
Maka selamatlah saya melahirkan puteri sulong, Noor Alyaa Al
Husni bt Noor Aiman.