Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

8.5.12

H.E.L.W.A.N.I : KENALI JODOHKU.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Bismillah.

Alhamdulillah, pada 03/06/12, telah diadakan usrah HELWANI PEPIAS cawangan Gombak.

tajuk, Kenali Jodohku. (ramai yg berminat nampakkkk......) ;p

sedih : time diskusi , Dino tiada dalam majlis cz kena g hantar someone balik kampung. (ALHAMDULILLAH...)

Semalam sebenarnya ada meeting clash dengan usrah. Seriously dalam 2 samada nak g meeting atau nak g usrah.

but then, bila fikir-fikir balik......

Meeting ni tanggungjawab aku. sebab aku yang pegang jawatan tu. dan jawatan tu adalah amanah.

Usrah tu lain kali ada lagi... kalau aku x de, orang ramai lagi ada? kalau tak pergi pun takpe... optional.

fikir-fikir-fikir balik.....,,

meeting tu bila-bila masa pun boleh buat. hari ni boleh, esok boleh, lusa boleh. ada benda nak kena submit, email pun boleh....

usrah tu kan family aku.. dah lama x bersama family.. bila lagi nak bersama kalau bukan malam ni? malam ni malam terakhir. kalau esok aku tiada lagi....???

so konklusinya, pergi usrah.

Alhamdulillah Allah permudahkan. Usrah  habis dalam 10.30pm. lepas tu sambung g meeting sampai 2.00 am.

PAGAR DAH KUNCI SO KENA LA LALU BAWAH LONGKANG. waaaaaa. pengalaman. haha

eh,eh.. usrah tajuk KENALI JODOHKU. dan-dan je... Alhamdulillah ada 1 adik usrah akan nikah bulan 8 ni.... TAHNIAH NURWAN !!!! :)

dan ada 1 adik lagi akan nikah juga tapi dalam perancangan.

dan ada 1 kakak ni kenapa laaa x nikah lagi kak.... jejaka puuuujaan malaya dah depan mata. hahahhaa. sorry kakNana. Lebiu... <3

erm. dan, aku...... insyaAllah 22 hb Jun 2012. MasyaAllah. sangat tak disangka-sangka.

Alhamdulillah jodoh Allah tu akan tiba walau kita tak cari.
sama-sama tak jadi ke Morocco,
sama-sama masuk badan beruniform,
sama-sama Kelantan yg penting. hehe.

InsyaAllah dengan rahmat yang Dia limpahkan, semoga kami terus akan kekal sampai ke syurga. ameen~

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

2.5.12

dan aku seorang wanita


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

ooo orang puang ...

mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...




*hebak mung orang ppuang ... :)


_UAI_
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

3.3.12

lagu arab tentang HIJAB bersama terjemahan. kalau tak faham lagi, tak tahu la. ^_^


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

28.2.12

Special 2# : do men know what women like most?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

mungkin tahu. atau mungkin tak tahu.

atau mungkin tahu tapi pura-pura tidak tahu.

atau mungkin tahu sekejap dan lupa.

atau..
mungkin tahu tapi malas nak ambil tahu.

wanita.
mereka tidak semuanya pandai meminta.
cukuplah sekadar isyarat mata.
yang sering melihat apa yang mereka suka.
dan bibir mengukir senyum walau realitinya tiada di hadapan muka.

ya.
ada juga wanita yang suka meminta.
tak cukup dengan sekadat isyarat mata.
bibir laju menyebut kata.
itu ini semuanya suka.
walau hakikatnya semua tiada guna.

jangan kerana wanita begini kau salahkan semua.
wanita tidak semuanya sama.
kau lelaki begitu juga.
kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


*sajak mengarut tanpa isi ini aku tujukan buat mereka yang tak hidup dan tak mati. ^__<

nah. flowers for you!

very like this. nampak macam real tapi sebenarnya palsu. ^__^    *my friend bought it @KL Festival City.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.12.11

kepak ayam boleh menyebabkan wanita kena kanser rahim ? yeke????


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Assalamualaikum....
Saya terbaca tentang ini ketika online~ info dari  Informasikini. tapi betul ke wanita yang banyak makan kepak ayam boleh dapat kanser? kanser rahim?? Oh Mai....~ jom baca ni sat.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

informasikini.com
takutnya.... tapi betul ke??? betul kot....
OH NO !!! kepak ayam is the most best part nak gonyang-gonyang laaaaa....

baidewei, ayam2 sekarang ni boleh dikatakan BUKAN kepak je yang membahaya, bahagian lain pun sama bahayanya. semua nak suntik2. ishhh....

frust.

JOM MAKAN AYAM KAMPUNG.

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...