Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

21.4.13

Tentera Semua Menyerang Diserang!


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

woh. kemain semangat ketenteraan tajuk.

aku masuk rumah bilik baru.. x de la baru. dah 2 bulan.

before ni duduk rumah. tapi JAUH. so pindah duduk bilik. dekat la sikit dengan kampus.

Al-MASALAH nyeeee, banyak bebenor semut kat rumah ni. sebotol ridsect HABIS pon semut masih berkeliaran.

apa ke panjang sangat hayat semut niiiii.....

btw, yang kena sembur tu of kos ler mati. tapi yang tak terkena semburan tu masih berkeliaran beranak pinak bertambah-tambah semut.

BAYANGKAN LER, DALAM BERAS PUN KEMAIN NAK BERUMAHTANGGA SEMUT-SEMUT ITU. stressssssss den.

sebulan, 2 bulan, boleh la bersabar.... disebabkan mengandung, x nak la aniaya semut. (walau kadang2 den lenyek2 pulas2 tonyoh2 semut tu).

akhirnya, gi GIANT, nak beli ridsect, ternampak RACUN SEMUT..... oh, this is so N.I.C.E ~! harga rm10. mahal. tapi, LAYAN~~~ teros beli. demi semut terchenta...

sebab malas nak snap photo, so tersumberlah gambar ni dari GOOGLE. credit.



balik rumah dengan penuh semangatnya, terus pasang ant killer, letak kat tempat laluan semut.


OH GEMBIRA. tentera semut TUMPAS !!! mati semuanya....

sekarang, rasa sunyi bila takde semut.

sunyi.

sampai sekarang.

benci KING KONG ANT KILLER.

:p
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

26.2.13

kerana sayang


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

bila kita sayangkan seseorang,
sayang yang terlalu,
kita pasti taknak lihat orang tu dalam kesusahan.

lagi-lagi susah sebab kita.

ya.
sebab kita sayang.


dan kita rasa macam kita rela mati demi dia.

ya.
sebab kita sayang.

Allah.

biarlah sayang aku ini bertempat ya Allah.

aku bukan wali.

tapi.

kerana sayang,
aku :
anak yang sanggup bergadai nyawa demi ibu bapa.
adik yang sanggup bergadai nyawa demi abang.
kakak yang sanggup bergadai nyawa demi adik.
isteri yang sanggup bergadai nyawa demi suami.
ibu yang sanggup bergadai nyawa demi anak.

semuanya kerana sayang.

ya.
kerana sayang.

jadikanlah aku orang yang ikhlas Tuhan.
aku ikhlas sayang mereka.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.1.13

Perginya Insan Bernama SAHABAT


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

[belasungkawa]

dulu. tarikh 11/11/12 : dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat, Luqman. walau x rapat, tapi sedihnya terasa. air mata tetap mengalir.


kini. tarikh 11/1/13 : dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi sahabat. Afham. sangat rapat. dan air mata ini jangan ditanya. mengalir dan tak mampu disekat.

dan aku menangis sambil jawab exam. ;)

Allah. sangat sedih bila kehilangan orang yang kita sayang.

SERIOUS, dalam hidupku, x pernah lagi kehilangan insan yang sangat rapat, sangat dekat. kecuali kehilangan datuk. itulah satu-satunya.

dalam kenangan.

Afham seorang sahabat yang baik. dialah kawan, dialah rakan, dialah pembantu, dialah pelawak, dialah penasihat, dialah segalanya.

mungkin aku bukan insan yang patut bersedih sebegini. tapi suamiku.

mereka sangat rapat. sebilik. kongsi makan minum. kongsi cerita. kongsi susah senang. kongsi segalanya.

benarlah, orang yang baik sentiasa dipandang baik. sentiasa diingat walau jasadnya sudah tiada.


kematiannya tidak dapat dikenalpasti kenapa. tapi itulah kekuasaan Allah. kau tiada sakit. kau tidak kemalangan. kau sihat-sihat. tiba-tiba kau pergi. besarnya kekuasaan Allah.

kun fayakun.

sebelum ni banyak kau post tentang kematian kat facebook. dan post itu tetap kekal, dibaca dan diinsafi oleh manusia. walau kau sudah tiada.

Allah. moga itu penambah ganjaran pahala kau.

aku tidak kuat. sungguh. aku akan menangis setiap kali ada kehilangan. tak kira orang jauh atau dekat. asal aku kenal nama dan tuannya. aku akan menangis.

dan aku bimbang.

bagaimana aku bila Allah ambil nyawa abang aku? adik aku?

dan bagaimana aku? bila Allah ambil nyawa suami aku? ayah aku? ibu aku?

Allah. aku tak mampu. walau aku tahu mati itu pasti.

Allah...

2 hari di asrama, sejak kematian Afham, suasana cukup sunyi. entah kenapa.

seperti semua bersedih. berkabung atas pemergianmu.

matahari tidak bersinar ceria. langit ibarat menangisi kehilanganmu.

terasanya.

semoga Allah tabahkan hati.

hatiku. hati suami kesayanganku. hati sahabat2. hati kamal.

kamal orang terakhir yang bersama arwah. orang yang mengangkat jenazah arwah. orang yang melakukan segala-galanya untuk arwah. disaat yang terakhir.

Allahu Allah.tabahkanlah hati-hati kecil hamba-Mu ya Tuhan.

Afham,
pergilah kau.
tenanglah kau.
hening pagi Jumaat kau tinggalkan kami.
kami bersedih dan moga kau gembira.
kau buat semua orang terkejut.
dan semua orang bercakap tentang kebaikan kau.
semua orang bercakap tentang baiknya kau.
ya kau memang baik.
semua orang sayang kau.
semua.

kini kau dah grad.
grad dari UIA,
grad dari DUNIA.
tinggal kami yang entah bila nak grad.

selamat bertemu Kekasih Abadi ya sahabat.
kita semua pasti dapat berjumpa lagi.
ma'assalamah wa ila lliqa'


---------------------------------------

*terlalu banyak kenangan dengan arwah.
*nak post gambar tapi..... xnak tengok gambar kau. buat aku lagi sedih.
*sebelum kahwin dengan suami, arwahlah peneman jadi orang ke3 kesana-kemari.
*sedihnya. dah la sem ni banyak exam ditempat yg sama.
*terkilan tak dapat melihat wajah arwah kali terakhir.
*rasa macam nak je ponteng exam 11/1 tu !!!
*rasa macam nak je pecut kereta ke Johor.
*rasa macam nak undur balik masa.

tak mungkin. kan? ayuh. senyumlah.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

18.9.12

Abang suami saya dunia akhirat ;(


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

saya terbaca kisah ni kat Facebook. serius sedih. serius menyentuh perasaan. lagi2 perasaan seorang isteri.

seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
 
P.S buat suami : Abang, Naa sayang abang dunia akhirat. Semoga Naa menjadi penyejuk mata abang di dunia, Bidadari abang di akhirat. <3

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

9.5.12

kenapa kita kena SABAR?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

sebab UJIAN tanda Allah SAYANG.


berterima kasih kepada dia yang menjatuhkan kamu.
kerana dia mengajar kamu erti kuat.

berterima kasih kepada dia yang menyedihkan kamu.
kerana dia yang mengajar kamu erti tabah.

berterima kasih kepada dia yang memburukkan kamu.
kerana dia yang mengajar kamu erti redha.

berterima kasih kepada dia yang mengumpat tentang kamu.
kerana dia yang mengajar kamu erti hikmah diam.

berterima kasih kepada dia yang mengecewakan kamu.
kerana dia yang mengajar kamu erti  cekal.

berterima kasih kepada dia yang menyakitkan kamu.
kerana dia mengajar kamu erti SABAR.


berterima kasihlah.

dan,



TERIMA KASIH :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

20.4.12

iklan sedih #1


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

i like to watch advertisements. or any commercials. esp yang sedih-sedih.

sekarang, banyak sangat iklan yang sedih-sedih. of course tentang kekeluargaan.

here some videos yang touching-touching brought to you by me youtube.

sedih. :(









ok yang lain boleh temgok kat youtube.

mode : airmata tak henti megalir
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

4.4.12

menunggu bulan jatuh ke riba


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

apa guna ditunggu bulan?
Apa guna ditunggu bila bulan 'kan jatuh?
Apa guna ditunggu bulan jatuh ke riba?

Jangan ditunggu lah bulan itu.
Entah jatuh entahkan tidak.

Entah jatuh atas riba kita.


Entahkan tidak.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

23.3.12

hujan lagi dihujani #2


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

hari ni hujan.
lebat sangat.
juga ribut.
menakutkan.

hari ni sedih.
sedih sangat.
juga kecewa.
menyeksakan.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

24.2.12

sedihnya cerita ni Y___Y


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Aku terjumpa cerita ni dalam Facebook.
Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
...
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!"
kata si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..


moral : kadang-kadang manusia terlalu pentingkan diri sendiri.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

29.12.11

TONTON OMBAK RINDU ONLINE. cepat sebelum youtube delete.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

24.11.11

Squad ! Squad Sedia !


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Assalamualaikum...

hari ni sedih sangat. sebab mula-mula buat keputusan untuk join Kem Bahasa Arab. tapi kena batalkan secara tiba-tiba. Y__Y

sedihnya.

harap-harap kesedihan ni tak berlanjutan. wuuu


dan... aku rindu. !_!
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

22.11.11

Airmatanya~


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Bismillah...

aku melihat airmatanya lagi. Memang ini bukan kali pertama. Tapi perasaannya adalah seperti ini kali yang pertama.

"sekuat mana pun hati, mata akan tetap mengalirkan airmata tika sedih"

Awalnya aku rasa sangat bersalah. Tapi sebenarnya aku turut terharu.

Rasa bersalah itu luntur dan rasa sayang itu muncul.



Dia amat dihargai. Walau kekadang dimarahi, tapi ... itulah aku.

hmmm... aku....

tidak kira perempuankah dia? lelakikah dia? bila aku sayang, memang aku sayang.

bezanya,

samada aku zahirkan..... atau aku sembunyikan.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

27.9.11

aku dan dia ?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

apa yang aku nak kata, aku sayang dia. ya. dia sayang aku juga. atau mungkin dia tak suka aku. mungkin. tapi tak mungkin lah. aku kan sayang dia. mestilah dia pun sayang aku. kan? tapi, dia dah macam nak tinggalkan aku je. semakin hari semakin pelik layanan dia terhadap aku. dulu best sangat bersama dia. tapi sekarang, semuanya macam lemau je. tak best je. nak tanya bimbang tak berjawab. nak marah, kasihan. nak benci, sayang sangat tebal. nak tinggal, cinta sangat dalam. tapi dia..... mungkin ada sebabnya kan kenapa dia buat macam ni kat saya kan? saya redha kalau 1 hari dia tinggalkan saya.... :(

 babai... =.=,
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...