satu je aku nak pesan,
HARI NI KAU BUAT KAT ORANG, ESOK2 ALLAH AKAN BALAS.
sekian.
HARI NI KAU BUAT KAT ORANG, ESOK2 ALLAH AKAN BALAS.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya:
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)
Nabi bersabda maksudnya :
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i)
“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”(riwayat tarmizi)
Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”
tnye sikit, kalo die tahan marah tuh, dngan menjerit kuat2 ....bkan kepada org yg die marah tuh....kire mnahan marah gak ey??
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
kalau menjerit tu, depends on niat dia la kot. tapi cara nak tahan marah ikut islam, ialah diam. kalau berdiri, duduk.. kalau duduk x tahan lagi, baring secara mengiring.. kalau tak tahan lagi,ambil wuduk... takde pulak menjerit kuat2 tu...
mungkin dia nak release kan perasaan marah dia tanpa marah orang tu direct2... jangan sampai jadi fitnah lain pulak la... sekian dari Ustazah Dino. hehe