selalu berhajat nak update blog tapi hajat sekadar hajat. updatenya tidok!~
sekarang ni cuti 3 bulan. sambil-sambil menunggu buyong pecah, berquilling la den. . 1 perkara tentang quilling; sesiapa yang tiada tahap kesabaran yang tinggi, jangan buat. SERIOUS. hahahahhahahahahahha
and now i wanna share about my quill flowers ~ walau x cantik, tapi tetap sooooooka~!! :)
i posted my craft @Facebook dan kawan2 selalu cakap "semoga baby jadi creative jugak". ameeeeen~ creative dan soleh/ah.
quilled flower & butterfly |
quilled flowers |
burung pink rindu burung biru ;( |
untuk berquilling, haruslah ada kertas, gam dan quilling tool. aku takde quilling tool untuk gulung-gulung, so buat sendiri je guna bamboo stick. menjadi la jugak. hohohooo
kertas-kertas tu aku guna kertas warna biasa sahaja. yang seposen sehelai. tapi haruslah nipis yang seposen punya tu~ kertas2 pun bergantung pada kegunaan jugak. nak buat bunga atau daun atau batang atau gulung2 begitu sahaja... kalau nak buat bunga atau daun, boleh la guna kertas biasa yang nipis. tapi kalau nak buat bunga punya batang atau ranting atau apa2 nama je lah, kena guna kertas keras dan tebal sedikit. senang nak bentuk dan senang nak letak gam dan senang nak melekat. JUST MY 2 CENT. den pun newbie ~!!! haha
kertas-kertas boleh dipotong begitu sahaja menggunakan pisau atau gunting. den malas. so den beli paper shredder. cepat dan sama potongannya.. kalau potong dengan gunting atau pisau, x sama ukurannya. tangan gelong namanya...
:p
kertas pelbagai warna yang dah dipotong |
setelah potong, boleh gulung2 buat bunga. dan boleh decorate atau design apa corak yang digemari gitu~
and these are my tools. pisau, bamboo stick untuk gulung2 kertas, pengepit untuk kepit quilled. senang sikit nak letak gam...
dan saya cuma guna gam uhu. tunggu yang ni habis, nak try guna gam putih pulak. :)
quilled flower~ |
overall, den SUKA sangat dengan color combination bunga2 tu. menyerlah gitu. setiap org ada minat dan kesukaan masing-masing kan..? even benda quilling ni
minat punya pasal.
orang nak perli pun perli je lah.
dan tak kisah jugak walaupun ada orang yang mencemuh atau mengkritik mengatakan bahawa ini adalah aktiviti yang menghabiskan masa sahaja. BUKANNYA BOLEH BUAT DUIT PUN DENGAN QUILLING NI.
helllllooooo.... craft is not about profit la.tak dapat keuntungan pun takpe. asal buat, hati bahagia, mulut tersenyum, cukup la.... dan,, as for information, dah ramai orang yang jual hasil craft @ quilling ni. ada yang buat card, ada yang buat bookmark, ada yang buat doorgift, macam2 la... asal rajin, duit masuk ler~
yang penting, tak semua orang ada bakat berquilling. gitu~!!! hahahahhaa. bersyukur la sapa yang dikurniakan bakat untuk bercraft.
emo tiba-tiba.
apapun, i love craft. and i love quilling. :)
0 orang komen:
Post a Comment