assalamualaikum...
*sekadar mengenang
----------------------------------------------------
ke kiri ku buntu,
ke hutan ku hilang,
ke timur ku kosong...
aku terus bosan dan tertekan,
seperti waktu yang terus sahaja meninggalkan aku,
jauh kedasar kerak bumi yang belum pernah diterokai...
warna ku rindu,
jiwa ku biru,
menunggu cintaku,
umpama sibuta yang melihat syurga,
umpama lampu yang mempunyai hitam,
lalu menunggu aku terus...
kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari,
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan,
seperti mahu sahaja ku mengejar,
gunung yang besarnya tidak terdakap,
seperti itu jugalah rindu aku padamu...
kini harus aku terus menunggu,
atau hilang sahaja aku dilautan yang luas...
-wassalam- Thanks for reading this entry ^_^
0 orang komen:
Post a Comment