Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

2.6.13

kasih seorang suami


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Alhamdulillah dah nak masuk 9 bulan mengandung. tak lama lagi InsyaAllah my little caliphs akan keluar tengok dunia. semoga Allah permudahkan segalanya.

sepanjang mengandung ni, banyak sangat rasanya ujian yang menimpa. sakit situ sini. nak tidur tak boleh. nak bangun sakit. nak duduk pun susah. tapi Alhamdulillah, syukur yang sangat tak terhingga, dikurniakan suami yang rajin, membantu, memahami dan sentiasa memberi semangat.

sejujurnya.. ku tak bisa.. hidup tanpa ada kamu aku gila... cewah :p

bila dah akhir-akhir ni, makin kerap sakit yang datang. malam-malam selalu panas. tak boleh lelap mata. asyik nak kena urut dan picit.

kadang-kadang sedih dan terharu bila en suami masih lagi sudi urut badan, picit situ sini dalam keadaan beliau sendiri penat dengan study, kerja, tugasan, peperiksaan dan sebagainya.

ya, itulah kasih seorang suami.

banyak juga terbaca kisah-kisah ibu mengandung yang diabaikan suami, suami tak sudi tolong sebab penat dengan kerja,

Alhamdulillah suamiku seorang suami yang baik. :)

terima kasih abang, sebab sudi jadi suami Na. sudi kongsi sakit yang Na rasa. sudi teman Na. sudi harungi susah payah bersama Na. terima kasih. Na tak dapat nak balas jasa abang. Na selalu doakan agar abang dapat ke syurga. dan Na selalu doakan agar Na dapat jadi bidadari abang di dunia dan akhirat. amin.

semalam, eh.. pagi tadi,, kepala tiba-tiba pening, terus muntah-muntah... walaupun masa tu dah pukul 4 pagi, dan abang ada exam pukul 9 pagi, abang tetap bangun teman Na. dan walaupun abang mengantuk, abang tetap sanggup keluar cari makanan demi Na.

x dapat nak bayangkan bila Na duduk kat Kelantan dan abang duduk kat KL nanti. oh... sadisnya~~

insyaAllah Na akan jadi isteri yang solehah dan ibu yang baik untuk abang dan anak-anak.

terima kasih abang, atas kasih sayang yang abang berikan


*walaupun abang selalu perli Na bila Na asyik buat craft, tapi Na tahu abang sokong Na. sebab... abang yang belikan barang2 craft untuk Na :p
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

June 2013 Blog Giveaway from LHGC


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi minat dan kegemaranku untuk buat craft. PADAHAL TENGAH MUSIM FINAL EXAM. aduhai....

and i love quilling as well. baru je kenal quilling ni tapi dah jatuh cinta. ni la orang panggil cinta pandang pertama. HAHA. and because of quilling, aku kenal blog LHGC a.k.a Lin Handmade Greetings Card.

followed. dan of course BOOKMARK teros untuk notify bila owner update blog ^___^

dan, OH. ada giveaway. rasa macam MINAT jorhh nak join..
sesiapa yg nak join pun boleh. senang. just promote dan bagi link. :)
nak join boleh tekan link ni >> http://azlina-lin.blogspot.com/2013/06/june-2013-blog-giveaway.html

sapa menang dapat INI >>>

adorable !


jom2 semua join !! :D
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

26.5.13

Be Creative


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Tak susah nak jadi kreatif. Guna segala barang yang ada. KAN?

haha.

Hasil pembelian menggunakan BB1M pada suatu ketika dahulu.Lama tersimpan, jarang digunakan.

*nasib baik belum basi.

Oh. Tak sabar nak tunggu BB1M seterusnya. Nak beli craft tools banyak-banyak. :)

Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

colourful life


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



Our life is colorful. Right?

Just smile. ;)


Happy exam!


Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

22.5.13

Ibu sayang kamu, Sayang... :)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



Alhamdulillah. Sihat dan membesar secukupnya.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang ibu bila lihat anak yang dikandung sihat dan COMEL.

Cinta itu buta. :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Genggam bara api, biar sampai jadi arang


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


Hidup di dunia, betul sangat mencabar. 
Mencabar iman, mencabar hati, mencabar diri. 
Andai tak berdaya, atau usaha putus ditengah jalan, 
terjatuhlah kita dalam gaung kegelapan.


Hidup di bumi UIAM juga sangat mencabar, bagi saya.

Pernah,

saya bercita-cita ingin keluar dari UIAM dan teruskan pengajian di universiti lain.
Belajar ilmu Bahasa Arab dan Kesusasteraan bukanlah perkara senang. Bahasa itu bukan bahasa saya. Saya cuma kenal Bahasa Arab ketika di tingkatan 1, sekolah agama.

Masa tu saya rasa Bahasa Arab sangat susah.

Ya.
Sangat susah.

Saya selalu dapat markah yang rendah. Selalu ketinggalan bila dalam kelas. Malah, saya kadang-kadang tak tahu pun ustaz tengah ajar buku mukasurat berapa.

Teruk.

Tapi sedikit demi sedikit saya tanam minat terhadap Bahasa Arab. Saya selalu fikir bahawa Bahasa Arab adalah bahasa di syurga. Kalau nak senang bercakap di syurga, kena belajar Bahasa Arab. Nanti dah masuk syurga nanti, senang nak berkomunikasi.

Hehe.
Pemikiran kanak-kanak.

Selepas SPM, hati berniat nak sambung pengajian dalam bidang perkhidmatan awam. Sangat suka buat kerja secara praktikal. Tapi Allah takdirkan untuk saya masuk UIAM. Belajar dalam bidang Bahasa Arab.

Allahu Allah.

Masa tu rasa macam gelap je masa depan. Dah la susah nak faham Arab. Inikan pula nak lebih mendalami. Apalah yang Allah rancang untuk saya? SPM dapat A Bahasa Arab pun sebab selalu hafal.

Sedar, ujian di universiti bukan boleh hafal-hafal sama macam di sekolah.

Saya kuatkan kaki, melangkah masuk UIAM. Satu persatu tahap saya daki. Sampailah ke tahap sekarang. Sedar tak sedar, dah 5 tahun belajar di UIAM. Banyak suka dan duka. Banyak kenangan. Banyak pengalaman.

Kadang-kadang saya terfikir, macam mana boleh bersabar, bertahan sampai tahap sekarang?

Rupanya Allah memang rancang yang terbaik untuk saya. Untuk kita semua juga. Walaupun sekarang saya masih lemah dalam Bahasa Arab, tapi saya sangat suka belajar Bahasa Arab. Tapi kadang-kadang stress jugak. Sebab saya dah genggam bara api. Dan saya nak sampai ia jadi arang. Saya tak mahu ia jadi abu semata.






Semoga Allah tolong apa yang saya kerjakan sekarang.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

20.5.13

naik turun bukit sempena sarat mengandung


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)




alhamdulillah kandungan dan selamat membesar 8 bulan. pejam celik pejam celik, perut dan boyot... lagi sebulan, insyaAllah keluar dengan selamatlah harapnya. amiin.

after nikah, lepas raya, kami rancang nak g bercuti di cameron highlands. last2 cancel.

pastu rancang lagi. terus tetapkan tarikh 17 mei. oh... boleh ke? jalan dalam bilik pun dah semput, ini pulak nak jalan naik turun bukit.

jumaat, 17 mei.
orang lain dah gerak pagi2 lagi. tapi kami kul 12 baru gerak. gara2 encik suami ada kelas + presentation.
malam tu sepatutnya saya ada majlis kelas. tapi terpaksaRELA ponteng. ;p

hujan lebat di pagi hari.

pukul 12 lebih kami gerak slow2 memandangkan hari hujan. pukul 3.30 pm baru sampai di apartment Parkland. bermustautin selama 1 malam sajorhhhh...

sampai2 terus solat, terus siap nak g jalan2...

btw, jalan2 pun naik turun naik turun tempat sama sajorh.... cameron highlands la katakan... mana ada banyak tempat sangat. plus semua tempat lebih kurang sama sahaja.

strawberry. bunga. kedai. rama-rama.

singgah taman rama2. masuk. ya Allah... penat Allah je yang tahu. banyak tangga. tinggi. semput. rasa macam nak duduk atas stroller, minta en husband tolak. hahahahah

cuaca punya la sejuk. 2 lapis selimut pun belum cukup untuk memanaskan badan yang beku.
dan2 plak time den nak mandi, depa tutup ayaq panas. perghhhhh... best giler mandi ayaq sejuk~~~!!!!!!!!!!!!!!! kejam !

jalan2 pusing2, balik. penat dan mengantuk. tido dalam kereta, biarkan en husband drive sorang2... hoho.. kesian. beliau juga mengantuk.

sampai rumah, semua orang tido teros lepas maghrib. kecuali saya yang tengah dalam kelaparan. serious lapar. makanan takde. kejut en suami, tapi dok layan~ kelaparan sampai tengahari keesokannya. hohooo... sampai menggeletar badan den ni~

walaupun penat, tapi BEST. bukan selalu bercuti ramai2... plus boleh release tensi2 study... :p

in addition, kan ibu sarat itu digalakkan untuk banyak berjalan, banyak naik tangga turun tangga untuk menguatkan otot dan memudahkan beranak. :)

Alhamdulillah. happy.



for more pictures kindly click HERE.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...