Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

22.5.13

Genggam bara api, biar sampai jadi arang


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)


Hidup di dunia, betul sangat mencabar. 
Mencabar iman, mencabar hati, mencabar diri. 
Andai tak berdaya, atau usaha putus ditengah jalan, 
terjatuhlah kita dalam gaung kegelapan.


Hidup di bumi UIAM juga sangat mencabar, bagi saya.

Pernah,

saya bercita-cita ingin keluar dari UIAM dan teruskan pengajian di universiti lain.
Belajar ilmu Bahasa Arab dan Kesusasteraan bukanlah perkara senang. Bahasa itu bukan bahasa saya. Saya cuma kenal Bahasa Arab ketika di tingkatan 1, sekolah agama.

Masa tu saya rasa Bahasa Arab sangat susah.

Ya.
Sangat susah.

Saya selalu dapat markah yang rendah. Selalu ketinggalan bila dalam kelas. Malah, saya kadang-kadang tak tahu pun ustaz tengah ajar buku mukasurat berapa.

Teruk.

Tapi sedikit demi sedikit saya tanam minat terhadap Bahasa Arab. Saya selalu fikir bahawa Bahasa Arab adalah bahasa di syurga. Kalau nak senang bercakap di syurga, kena belajar Bahasa Arab. Nanti dah masuk syurga nanti, senang nak berkomunikasi.

Hehe.
Pemikiran kanak-kanak.

Selepas SPM, hati berniat nak sambung pengajian dalam bidang perkhidmatan awam. Sangat suka buat kerja secara praktikal. Tapi Allah takdirkan untuk saya masuk UIAM. Belajar dalam bidang Bahasa Arab.

Allahu Allah.

Masa tu rasa macam gelap je masa depan. Dah la susah nak faham Arab. Inikan pula nak lebih mendalami. Apalah yang Allah rancang untuk saya? SPM dapat A Bahasa Arab pun sebab selalu hafal.

Sedar, ujian di universiti bukan boleh hafal-hafal sama macam di sekolah.

Saya kuatkan kaki, melangkah masuk UIAM. Satu persatu tahap saya daki. Sampailah ke tahap sekarang. Sedar tak sedar, dah 5 tahun belajar di UIAM. Banyak suka dan duka. Banyak kenangan. Banyak pengalaman.

Kadang-kadang saya terfikir, macam mana boleh bersabar, bertahan sampai tahap sekarang?

Rupanya Allah memang rancang yang terbaik untuk saya. Untuk kita semua juga. Walaupun sekarang saya masih lemah dalam Bahasa Arab, tapi saya sangat suka belajar Bahasa Arab. Tapi kadang-kadang stress jugak. Sebab saya dah genggam bara api. Dan saya nak sampai ia jadi arang. Saya tak mahu ia jadi abu semata.






Semoga Allah tolong apa yang saya kerjakan sekarang.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

4 orang komen:

Miss Aisy ~ said...

syabbas bete ! pejam celik pejam celik dah nak abis sem dah. saye ni ade 6 sem lagik . huhu .doakan kejayaan bersama :D

dino said...

hargai masa2 di UIA... nanti akan rindu. hehe

Miss Aisy ~ said...

betul betul betul~

dino said...

lupa pepatah asal. genggam bara api biar sampai jd arang atau abu?? hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...