Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

26.2.13

kerana sayang


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

bila kita sayangkan seseorang,
sayang yang terlalu,
kita pasti taknak lihat orang tu dalam kesusahan.

lagi-lagi susah sebab kita.

ya.
sebab kita sayang.


dan kita rasa macam kita rela mati demi dia.

ya.
sebab kita sayang.

Allah.

biarlah sayang aku ini bertempat ya Allah.

aku bukan wali.

tapi.

kerana sayang,
aku :
anak yang sanggup bergadai nyawa demi ibu bapa.
adik yang sanggup bergadai nyawa demi abang.
kakak yang sanggup bergadai nyawa demi adik.
isteri yang sanggup bergadai nyawa demi suami.
ibu yang sanggup bergadai nyawa demi anak.

semuanya kerana sayang.

ya.
kerana sayang.

jadikanlah aku orang yang ikhlas Tuhan.
aku ikhlas sayang mereka.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

11.2.13

M E N E N D A N G


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

semalam, 9/2/13, first time aku rasa baby menendang. 3x.

maybe sebab lapar.

kena tendang tapi x sakit. dan x berdosa. HUA HUA

memang perasaan itu MENAKJUBKAN!!! rasa macam nak kena tendang lagi. hihihi

story-mory ngan my husband tapi of course la dia x dapat rasa.

nanti la i tendangkan perut dia ;p

x sabar nak tunggu tendangan seterusnya. hihi

siapa yang tak pernah rasa, sila la cepat2 ya. pastikan yang halal.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Suamisteri : susah senang bersama


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

adat berkasih, susah senang haruslah bersama. gituuuu


tapi,
sekarang,
tak bersama.

sebab.

ku di tinggalkan sendirian. ok. 3 hari je ponnn kena tinggal ;p

en suami ke Kuala Krai, sbb terlibat dengan program 100 Jam Kembara Integrasi Ilmu (apa ke panjang sangat nama program).

sepatutnya eden pun join program tu. tapi sebab dulu eden daftarkan nama eden je, sekarang eden ada anak dalam perut dan x sempat daftarkan nama beliau, so eden direject. aduh

haha

faktor keselamatan. :)

kena tinggal 3 hari macam kena tinggal 3 tahun.

kalau dulu sebelum kahwin, memang rasa macam INI MEMANG POYOOOO bila ada isteri @ suami yang cakap "berpisah sehari bak setahun" tapi KINI TIDAK LAGI... hahahahaa

dah kena atas batang hidung sendiri, memang x kata apa la kan. amekau.

tak apa lah, yang penting, doakan pasangan kita selamat pergi dan balik.

oh tak sabar menunggu kepulangan beliau di esok hari.

*g program kena naik keretapi KL-K.KRAI. memang kesian la kat budak2 bandar. tren delay pulak tu. 14jam perjalanan. haha. dah macam naik flight nak g Mekah.

sabor aje la.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.1.13

Perginya Insan Bernama SAHABAT


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

[belasungkawa]

dulu. tarikh 11/11/12 : dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat, Luqman. walau x rapat, tapi sedihnya terasa. air mata tetap mengalir.


kini. tarikh 11/1/13 : dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi sahabat. Afham. sangat rapat. dan air mata ini jangan ditanya. mengalir dan tak mampu disekat.

dan aku menangis sambil jawab exam. ;)

Allah. sangat sedih bila kehilangan orang yang kita sayang.

SERIOUS, dalam hidupku, x pernah lagi kehilangan insan yang sangat rapat, sangat dekat. kecuali kehilangan datuk. itulah satu-satunya.

dalam kenangan.

Afham seorang sahabat yang baik. dialah kawan, dialah rakan, dialah pembantu, dialah pelawak, dialah penasihat, dialah segalanya.

mungkin aku bukan insan yang patut bersedih sebegini. tapi suamiku.

mereka sangat rapat. sebilik. kongsi makan minum. kongsi cerita. kongsi susah senang. kongsi segalanya.

benarlah, orang yang baik sentiasa dipandang baik. sentiasa diingat walau jasadnya sudah tiada.


kematiannya tidak dapat dikenalpasti kenapa. tapi itulah kekuasaan Allah. kau tiada sakit. kau tidak kemalangan. kau sihat-sihat. tiba-tiba kau pergi. besarnya kekuasaan Allah.

kun fayakun.

sebelum ni banyak kau post tentang kematian kat facebook. dan post itu tetap kekal, dibaca dan diinsafi oleh manusia. walau kau sudah tiada.

Allah. moga itu penambah ganjaran pahala kau.

aku tidak kuat. sungguh. aku akan menangis setiap kali ada kehilangan. tak kira orang jauh atau dekat. asal aku kenal nama dan tuannya. aku akan menangis.

dan aku bimbang.

bagaimana aku bila Allah ambil nyawa abang aku? adik aku?

dan bagaimana aku? bila Allah ambil nyawa suami aku? ayah aku? ibu aku?

Allah. aku tak mampu. walau aku tahu mati itu pasti.

Allah...

2 hari di asrama, sejak kematian Afham, suasana cukup sunyi. entah kenapa.

seperti semua bersedih. berkabung atas pemergianmu.

matahari tidak bersinar ceria. langit ibarat menangisi kehilanganmu.

terasanya.

semoga Allah tabahkan hati.

hatiku. hati suami kesayanganku. hati sahabat2. hati kamal.

kamal orang terakhir yang bersama arwah. orang yang mengangkat jenazah arwah. orang yang melakukan segala-galanya untuk arwah. disaat yang terakhir.

Allahu Allah.tabahkanlah hati-hati kecil hamba-Mu ya Tuhan.

Afham,
pergilah kau.
tenanglah kau.
hening pagi Jumaat kau tinggalkan kami.
kami bersedih dan moga kau gembira.
kau buat semua orang terkejut.
dan semua orang bercakap tentang kebaikan kau.
semua orang bercakap tentang baiknya kau.
ya kau memang baik.
semua orang sayang kau.
semua.

kini kau dah grad.
grad dari UIA,
grad dari DUNIA.
tinggal kami yang entah bila nak grad.

selamat bertemu Kekasih Abadi ya sahabat.
kita semua pasti dapat berjumpa lagi.
ma'assalamah wa ila lliqa'


---------------------------------------

*terlalu banyak kenangan dengan arwah.
*nak post gambar tapi..... xnak tengok gambar kau. buat aku lagi sedih.
*sebelum kahwin dengan suami, arwahlah peneman jadi orang ke3 kesana-kemari.
*sedihnya. dah la sem ni banyak exam ditempat yg sama.
*terkilan tak dapat melihat wajah arwah kali terakhir.
*rasa macam nak je ponteng exam 11/1 tu !!!
*rasa macam nak je pecut kereta ke Johor.
*rasa macam nak undur balik masa.

tak mungkin. kan? ayuh. senyumlah.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

27.12.12

F I N A L L Y :)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

i am happy! living happily with my hubby.

and now Alhamdulillah, hasil penat lelah suami g sana sini mencari rumah, akhirnya ada jugak rumah kosong untuk disewa.

sebelum ni pun ada je rumah @ bilik kosong. tapi atas faktor keselamatan, x jadi stay situ. keselamatan lagi penting. risau jugak kalau2 nanti kena duk sorang2, suami g kelas etc.

lagi2 sem depan, kelas den cuma hari selasa dan khamis. memang jadi surirumahsepenuhmasa la...


btw, thanks jugak kat suami sebab belikan saya presents. from Melaka, from Online, hehe... THANKS SO MUCH DEAR~~~!!!!!!! i'm very like it. KEGEMARAN :)


oh. now musim exam. i got 7 papers. yaaa. 7 papers. start 2012, habis 2013. HAHAHA

2 tahun exam. naya.

ok i need to kemas-kemas. kat rumah sewa tak ada internet. so no more blogging no more facebooking. laptop pun tinggal kat mahallah je. malas nak bawak hulu hilir. x memasal movie je yg duk depan mata. exam... exam...


sehingga berjumpa lagi. :)
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

3.12.12

pregnant vs isteri merajuk?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

dah lama x tulis entry.
blog pun dah lama terbiar.

klise bila kata "dah bersawang dah blog ni"

semua klise. (buatmukaxpuashati)


----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah saya dan suami bakal bergelar parents setelah 5 bulan bernikah.

Alhamdulillah..... :)

now, kandungan dah 9 bulan.... oo Allah... alahan punya la teruk.

nak makan x leh, nak minum x leh.

nak g kelas pun x leh.

ujian sungguh2..... seharian terlantar atas katil je. susahnya....

tu lah orang kata, selagi kita tak jadi ibu, kita takkan faham pengorbanan seorang ibu....

jadilah anak yg soleh solehah anak2 ku....

and i am so lucky. sbb dapat suami yang sangat memahami. saya sakit je, terus bawak g klinik. (nak mintak MC padahal) haha

sepanjang pregnant, dah 2 kali kena admitted kat klinik, kena masuk air. 4,5 jam stay kat klinik. terima kasih sangat2 kat suami sbb sudi teman even dia ada kerja.... huhu. terharu..............

sekarang, sangat2 berdoa supaya Allah hilangkan segala alahan ni.... i'm very not strong enough. tersungkur sangat time diuji.. Allahu Allah....

and someone told me, "sabarlah dengan ujian Allah.. Dia nak bg kita kegembiraan, so sabar lah kejap dgn ujianNya tu.."

In Shaa Allah boleh sabar... tapi kelas dah banyak terkorban... quiz pun ada yg tak pergi... oh, harap2 final exam pasni, dah x de sakit2.... amiiinnnnnnnnnn....................

--------------------------------------------

so sekarang nak hapdet pasal ISTERI MERAJUK.. senang ke suami nak pujuk?

well, banyak sebab2 kenapa isteri nak merajuk.

rasa terbiar.rasa terabai.rasa tak dipeduli.dan mengada-ngada.

ada jugak isteri yang merajuk sebab SAJA NAK TARIK PERHATIAN SUAMI. adeh.



ada yg merajuk biasa-biasa.
ada yang merajuk bisa-bisa.

kesian suami.


cara memujuk, tidak laaaaa hamba ni tahu.... suami2 kena laa creativekan diri dalam memujuk.... pandai2 la,, kan isteri kome...bukan isteri hamba.....:P

tapi yang paling penting, JANGAN DIAM....... bercakaplah walau sepatah ayat. GITUUU. haha


 diam tu ibarat MALAS NAK LAYAN KAU.....


x tahu nak tulis apa dah.

masing2 pandai2 laa jaga hati dan perasaan pasangan masing2.....

semoga hubungan kekal ke syurga....

amiiinnnnnn


*post ini ditulis kerana boring*
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

2.11.12

Adam dan Hawa ONLINE


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

yaa Adam dan Hawa.

cerita yang tengah HOT sekarang ni.

den, suka laaa jugak tengok cerita tu bila dah bergelar isteri ni.. :p


tapi tau-tau laa mana ada TV berASTRO 24jam beratus channels kat asrama. jadi tak tengok la ceritanya itu.....

tapi ! nasib baik laaa ada cerita tu kat internet. download la cepat2 sebelum kena delete. haha.

*dapat dari blog Cik Putih.

untuk tonton online atau download, ini linknya....

1) http://www.perekacerita.com/2012/08/adam-dan-hawa-astro.html

2) http://bicarahiduptentangaku.blogspot.com/2012/09/penangan-adam-hawa-download.html

tonton terus : http://ezzardesire.blogspot.com/


tag: tonton adam hawa online, download cerita adam dan hawa, cerita adam dan hawa astro, aaron aziz
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...