Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

12.5.13

kawan saya BULAN dan GEBENG sudah jadi LAKIBINI !


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)




alhamdulillah. selamat sudah mereka berdua menjadi pasangan suami isteri yang SAH lagi HALALAN TOYYIBA... haha.

tahniah buat bulan (Shafinaz) dan gebeng (Hafiz) si pemilik CINTA HELMET.

biarlah gambar berbicara ya. :)





















Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

2.5.13

ini semua POYO


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

hari ni dinner.

tak mahu makan nasi. nak makan oblong.

lepas tu guna fork dan knife ala-ala western.


hiris.
cucuk.
makan.

tapi,
western la sangat.

guna pisau potong sayur je yang mampu.

HAHA. #F.A.I.L



Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

21.4.13

Tentera Semua Menyerang Diserang!


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

woh. kemain semangat ketenteraan tajuk.

aku masuk rumah bilik baru.. x de la baru. dah 2 bulan.

before ni duduk rumah. tapi JAUH. so pindah duduk bilik. dekat la sikit dengan kampus.

Al-MASALAH nyeeee, banyak bebenor semut kat rumah ni. sebotol ridsect HABIS pon semut masih berkeliaran.

apa ke panjang sangat hayat semut niiiii.....

btw, yang kena sembur tu of kos ler mati. tapi yang tak terkena semburan tu masih berkeliaran beranak pinak bertambah-tambah semut.

BAYANGKAN LER, DALAM BERAS PUN KEMAIN NAK BERUMAHTANGGA SEMUT-SEMUT ITU. stressssssss den.

sebulan, 2 bulan, boleh la bersabar.... disebabkan mengandung, x nak la aniaya semut. (walau kadang2 den lenyek2 pulas2 tonyoh2 semut tu).

akhirnya, gi GIANT, nak beli ridsect, ternampak RACUN SEMUT..... oh, this is so N.I.C.E ~! harga rm10. mahal. tapi, LAYAN~~~ teros beli. demi semut terchenta...

sebab malas nak snap photo, so tersumberlah gambar ni dari GOOGLE. credit.



balik rumah dengan penuh semangatnya, terus pasang ant killer, letak kat tempat laluan semut.


OH GEMBIRA. tentera semut TUMPAS !!! mati semuanya....

sekarang, rasa sunyi bila takde semut.

sunyi.

sampai sekarang.

benci KING KONG ANT KILLER.

:p
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

17.3.13

mengandung vs mengidam? (resepi jeruk gula mangga muda)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

kalau mengandung harus ke mengidam?

kalau mengandung harus ke nak makan masam-masam?

kalau mengandung harus ke nak makan jeruk?

kalau mengandung harus ke nak makan asam?

kalau mengandung harus ke nak makan mangga muda?


some people said, orang MALAYSIA @ MElAYU je yang ada mengidam-mengidam ni. masyarakat US, UK, xde pun mengidam.

eh, ye ke?

entah.

yang penting, den tersangat laaaaaa nak makan mangga muda jeruk air gula. sangat-sangat nak.

mengidam ke apa ke entah la.

yang penting, NAK~!

Alhamdulillah my sister in law balik kelantan hujung februari hari tu. alang2, kirim sekali buah mangga muda.

kat KL ni susah nak dapat. puas mencari.

akhirnya ada jugak walaupun hanya 7,8 biji. cukup la tu.

air liur dah mencurah-curah keluar.
sambil potong sambil ngap. sambil potong sambil ngap. uiishhhh,,, SEDAP!!!!! haha

dan hasilnya:

TARAAA!!!!
sedap. serius sedap. sekali makan dah HABIS. hohooo.... makan jimat2 sebab takut cepat habis. tapi sekarang dah habis. huhu

CARA NAK BUAT?? senang je. senang sangat.

>>mula potong buah tu, sukahati la size besar mana....
>>kalau nak buang kulit boleh, x buang pun x pe.
>>siap potong, basuh dengan air.
>>rendam dalam bekas tertutup bersama air garam 24jam, untuk hilangkan dia punya payau etc.
>>then, rendam dalam air gula 24jam dalam bekas tertutup.
>>sedia untuk dimakan..... :)

silakan mencuba. x guna mangga telur, guna mangga muda biasa pun boleh.

sedapnyaaa... mencurah-curah lagi air liur den.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

26.2.13

kerana sayang


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

bila kita sayangkan seseorang,
sayang yang terlalu,
kita pasti taknak lihat orang tu dalam kesusahan.

lagi-lagi susah sebab kita.

ya.
sebab kita sayang.


dan kita rasa macam kita rela mati demi dia.

ya.
sebab kita sayang.

Allah.

biarlah sayang aku ini bertempat ya Allah.

aku bukan wali.

tapi.

kerana sayang,
aku :
anak yang sanggup bergadai nyawa demi ibu bapa.
adik yang sanggup bergadai nyawa demi abang.
kakak yang sanggup bergadai nyawa demi adik.
isteri yang sanggup bergadai nyawa demi suami.
ibu yang sanggup bergadai nyawa demi anak.

semuanya kerana sayang.

ya.
kerana sayang.

jadikanlah aku orang yang ikhlas Tuhan.
aku ikhlas sayang mereka.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

11.2.13

M E N E N D A N G


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

semalam, 9/2/13, first time aku rasa baby menendang. 3x.

maybe sebab lapar.

kena tendang tapi x sakit. dan x berdosa. HUA HUA

memang perasaan itu MENAKJUBKAN!!! rasa macam nak kena tendang lagi. hihihi

story-mory ngan my husband tapi of course la dia x dapat rasa.

nanti la i tendangkan perut dia ;p

x sabar nak tunggu tendangan seterusnya. hihi

siapa yang tak pernah rasa, sila la cepat2 ya. pastikan yang halal.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Suamisteri : susah senang bersama


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

adat berkasih, susah senang haruslah bersama. gituuuu


tapi,
sekarang,
tak bersama.

sebab.

ku di tinggalkan sendirian. ok. 3 hari je ponnn kena tinggal ;p

en suami ke Kuala Krai, sbb terlibat dengan program 100 Jam Kembara Integrasi Ilmu (apa ke panjang sangat nama program).

sepatutnya eden pun join program tu. tapi sebab dulu eden daftarkan nama eden je, sekarang eden ada anak dalam perut dan x sempat daftarkan nama beliau, so eden direject. aduh

haha

faktor keselamatan. :)

kena tinggal 3 hari macam kena tinggal 3 tahun.

kalau dulu sebelum kahwin, memang rasa macam INI MEMANG POYOOOO bila ada isteri @ suami yang cakap "berpisah sehari bak setahun" tapi KINI TIDAK LAGI... hahahahaa

dah kena atas batang hidung sendiri, memang x kata apa la kan. amekau.

tak apa lah, yang penting, doakan pasangan kita selamat pergi dan balik.

oh tak sabar menunggu kepulangan beliau di esok hari.

*g program kena naik keretapi KL-K.KRAI. memang kesian la kat budak2 bandar. tren delay pulak tu. 14jam perjalanan. haha. dah macam naik flight nak g Mekah.

sabor aje la.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...