Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

12.1.13

Perginya Insan Bernama SAHABAT


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

[belasungkawa]

dulu. tarikh 11/11/12 : dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat, Luqman. walau x rapat, tapi sedihnya terasa. air mata tetap mengalir.


kini. tarikh 11/1/13 : dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi sahabat. Afham. sangat rapat. dan air mata ini jangan ditanya. mengalir dan tak mampu disekat.

dan aku menangis sambil jawab exam. ;)

Allah. sangat sedih bila kehilangan orang yang kita sayang.

SERIOUS, dalam hidupku, x pernah lagi kehilangan insan yang sangat rapat, sangat dekat. kecuali kehilangan datuk. itulah satu-satunya.

dalam kenangan.

Afham seorang sahabat yang baik. dialah kawan, dialah rakan, dialah pembantu, dialah pelawak, dialah penasihat, dialah segalanya.

mungkin aku bukan insan yang patut bersedih sebegini. tapi suamiku.

mereka sangat rapat. sebilik. kongsi makan minum. kongsi cerita. kongsi susah senang. kongsi segalanya.

benarlah, orang yang baik sentiasa dipandang baik. sentiasa diingat walau jasadnya sudah tiada.


kematiannya tidak dapat dikenalpasti kenapa. tapi itulah kekuasaan Allah. kau tiada sakit. kau tidak kemalangan. kau sihat-sihat. tiba-tiba kau pergi. besarnya kekuasaan Allah.

kun fayakun.

sebelum ni banyak kau post tentang kematian kat facebook. dan post itu tetap kekal, dibaca dan diinsafi oleh manusia. walau kau sudah tiada.

Allah. moga itu penambah ganjaran pahala kau.

aku tidak kuat. sungguh. aku akan menangis setiap kali ada kehilangan. tak kira orang jauh atau dekat. asal aku kenal nama dan tuannya. aku akan menangis.

dan aku bimbang.

bagaimana aku bila Allah ambil nyawa abang aku? adik aku?

dan bagaimana aku? bila Allah ambil nyawa suami aku? ayah aku? ibu aku?

Allah. aku tak mampu. walau aku tahu mati itu pasti.

Allah...

2 hari di asrama, sejak kematian Afham, suasana cukup sunyi. entah kenapa.

seperti semua bersedih. berkabung atas pemergianmu.

matahari tidak bersinar ceria. langit ibarat menangisi kehilanganmu.

terasanya.

semoga Allah tabahkan hati.

hatiku. hati suami kesayanganku. hati sahabat2. hati kamal.

kamal orang terakhir yang bersama arwah. orang yang mengangkat jenazah arwah. orang yang melakukan segala-galanya untuk arwah. disaat yang terakhir.

Allahu Allah.tabahkanlah hati-hati kecil hamba-Mu ya Tuhan.

Afham,
pergilah kau.
tenanglah kau.
hening pagi Jumaat kau tinggalkan kami.
kami bersedih dan moga kau gembira.
kau buat semua orang terkejut.
dan semua orang bercakap tentang kebaikan kau.
semua orang bercakap tentang baiknya kau.
ya kau memang baik.
semua orang sayang kau.
semua.

kini kau dah grad.
grad dari UIA,
grad dari DUNIA.
tinggal kami yang entah bila nak grad.

selamat bertemu Kekasih Abadi ya sahabat.
kita semua pasti dapat berjumpa lagi.
ma'assalamah wa ila lliqa'


---------------------------------------

*terlalu banyak kenangan dengan arwah.
*nak post gambar tapi..... xnak tengok gambar kau. buat aku lagi sedih.
*sebelum kahwin dengan suami, arwahlah peneman jadi orang ke3 kesana-kemari.
*sedihnya. dah la sem ni banyak exam ditempat yg sama.
*terkilan tak dapat melihat wajah arwah kali terakhir.
*rasa macam nak je ponteng exam 11/1 tu !!!
*rasa macam nak je pecut kereta ke Johor.
*rasa macam nak undur balik masa.

tak mungkin. kan? ayuh. senyumlah.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...