Welcome

BEWARE! English rosak digunakan disini.

clicky..clicky..

~Eternity Love~

Daisypath Anniversary tickers

puteri satu

Lilypie First Birthday tickers

puteri dua

Lilypie First Birthday tickers

DuniaDino

Daisypath Happy Birthday tickers

31.1.12

is this true?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

bini rindu separuh mati.

tapi laki kerja tak ingat bini.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

hujan lagi dihujani.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

Hari ni hujan. Walaupun tak rasa sejuk, tapi tetap air turun tanpa henti dari langit.

Dan adapun tatkala aku menulis entri ini, hujan sudah tidak turun lagi.

FRUST.

Ya, seperti aku katakan.
Hari ini hujan.
Cuma sudah berhenti.

Tapi aku masih lagi dihujani.
Dihujani airmata.
Dek rindu yang tak dapat aku tepis.

Amboih sasterosak gituuuu~

Hujan, kau bawalah rinduku untuk dia yang menjauh dariku.

Ceeewah.
ByeBye.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

All people are talking about RESULT.


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

yeah. R.E.S.U.L.T

resultReSuLTresulTRESULTresult.

and,

Alhamdulillah, syukur for everything.

i thought that i will REPEAT at least 1 paper *urgh.due to my dummmiiieeessss* but well, Alhamdulillah i got C+ for the subject.

ya. better than FAILED right?

yet, i thought that failed is better than C+ because i really don't know what I've learned.

maybe, passed because of HAFAL HAFAL HAFAL butatuli.

oh Allah. what else could i say except ALHAMDULILLAH.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

12.1.12

siapa yang suka dengar lagu OMBAK RINDU, pasti suka ini juga. :) -VIDEO-


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

ya aku tahu, ramai yang suka dengar lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira. lagu tu best kan?

aku pun suka. sebab rentak dia best. dan lirik dia pun tak OVER.

lagi, sebab lagu tu macam bagus. dia serahkan pengharapan dia kat Tuhan. kan?

Tuhan lembutkan hati dia.. bla bla bla. aku tak hafal lagu ni.

tapi aku tak suka sangat dengan cerita dia. konflik tak banyak dan penderitaan pun tak la banyak sangat. 

ah, aku bukan nak cakap pasal OMBAK RINDU. tapi,

semalam aku godek-godek Youtube. YE LA... KAN DAH HABIS FINAL EXAM. WOHHOOOOO

aku ni suka sangat dengar irama FLUTE. siapa suka angkat tangan !!!!

buka situ sini situ sini, nampak laa ada orang buat lagu Ombak Rindu secara instrumntal. guna flute. apa lagi, aku download la. BEST SANGAT DO.

pastu aku terbaca kat komen, dia kata, dengar instrumental tu bersama video 'RAIN'.


aku pun try la.... BILA AKU DAH DENGAR, aku rasa macam PERGHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!! layan gilerrrrrrr (p/s: jangan sampai jadi najis)

aku terus download download download.

dan tiba-tiba aku ternampak lagu Ombak Rindu instrumental jugak tapi Orchestra punya. PERGHHH. masyiuk gak. haha. bagi aku laa masyiuk. bagi korang tak tahu la....

ok jom2 aku tunjuk kat kotang video tu.

ni lagu ombak rindu yang di flute kan.




cuba pulak korang dengar flute atas ni, bersama dengan ni...




BEST TAK? BEST TAK? BEST TAK?????????????

what? tak best? BEST LAAAAA.

ok, ni pulak yang versi orchestra. semangat uolszz. dengan bunyi yang macam tudung periuk tu bagai. haha



SAPA YANG PANDAI MAIN FLUTE? atau SAPA YANG PANDAI MAIN RECORDER??? buattt kan laa lagu untuk i. hahaha

p/s : aku memang suka dengar lagu2 instrument macam ni. tapi takde la sampai lalai solat pun lewat pekebenda. halwa telinga je la orang kata kan? besides dengar Syeikh Misyari mengaji. ^_^
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

9.1.12

ini LELAKI yang bila kita tengok, CAIR hati jadinya~ *nak ngorat ah*


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)



perghhhh... dah la hensem... baca quran best pulak tu....

dan, siapa kata orang putih tak leh hafal quran jadi imam baca sedap bla bla bla ????

nak ngorat boleh??????????????????????????????????
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

4.1.12

patut ke Zizan berhenti jadi artis??? tak patut...x patut.....


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

oh. seriously eden terkejut bila baca berita ni. rasa macam AGUNGnya kuasa Ilahi.

sememangnya Allah Maha Penentu segalanya.

udah-udah la kita fikirkan tentang Amalina yer... dia nuuuun jauh di UK. yang depan mata kita tu, tiap-tiap hari kita nampak. skirt pendek baju singkat seluar ketat.

kucing pun stress.

jom kita baca ni.... katanya Zizan dah nak tinggalkan dunia havoc retis....tapi, bagi saya....

ada baiknya kalau dia stay jadi artis + berdakwah = artis yang berdakwah x kira dalam mesej penyampaian dan lakonan.

kan? kan? pandangan saya sahaja.... setiap yang berlaku ada hikmahnya....

pandangan dan pendapat berbeza lah kan? cuma nak tekankan, islam bukan pada CERAMAH semata... :)


kalau semua muslim mukmin terajui bidang ceramah, siapa pula muslim mukmin yang nak berdakwah melalui media massa? -Dr. M***** M****.

ada betulnya kan....? sebab. bila kita nak dakwah orang, of course kita kena guna cara yang dapat MEMIKAT hati orang tersebut.

kalau orang tersebut suka tengok tv, buat la dakwah melalui TV.

kalau orang tersebut suka tengok youtube, moh le berdakwah melalui youtube.

berhikmah la kan..... Islam bukan pada ceramah sahaja.... tapi mestilah dari segenap aspek. cewah... :))))

ini dia berita yang saya baca mengenai ZIZAN.... BACA SINI.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Apa Kata Amalina rentetan khabaran tentangnya??? -video-


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

merahnya rambut...sakit mata i...

cerita Amalina yang PERTAMA
cerita Amalina yang KEDUA





Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Amalina BUKAN berubah di negara orang, tetapi DIA MEMANG BEGITU EVEN DI NEGARA SENDIRI. ye ke?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,”



"...saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,”

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.

Sinar Harian


adakah ini bermakna Amalina yang dikenali DAHULU adalah Amalina yang tipu semata-mata? 

kita kenal dia dengan keadaan Sopan dan Bertudung. tapi ibunya sendiri berkata bahawa dia sememangnya tidak bertudung.


adik-adik, kawan-kawan, jangan kita burukkan lagi dia. kita teruskan berdoa untuk dia. kebenaran sudah kita ketahui. so, diam sudahhh~ ^_^


ambil yang keruh, buang yang jernih.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

2.1.12

Pelajar Terbaik Malaysia hanyut di negara asing? Astaghfirullah~


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

baru-baru ni kita dikejutkan dengan pelajar Malaysia yang berkahwin dengan pasangan gay beliau. Astaghfirullah...

dan kita dikejutkan pula dengan pelajar Malaysia yang dipukul polis dan rusuhan dan demonstrasi dan sebagainya...

dan kali ni, dikejutkan pula dengan.....

kecundangan Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2004. katanya mengalahkan Beyonce. Wallahu a'lam.

sekadar pengajaran..

harap-harap ini hanyalah cerita karut semata. doakan yang terbaik....

tapi kalau betul, ini menunjukkan bahawa Allah itu bisa membolak-balikkan hati manusia. sekejap sahaja, manusia boleh berubah.

sama ada perubahan kearah kebaikan atau keburukan, itu pilihan individu sendiri.

nak baca tentang Amalina ? klik sini.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

1.1.12

Anda sayang Allah? saya sayang. :)


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓ ▓▓▓✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿▓▓▓▓ ▓▓✿░░░░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░░░░✿▓▓ ▓✿░░░░░░░░░█░░░█░░░█░█░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░███░░░█░░░█░█░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░█░░█░░░█░░░█░█░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░███░░░█░░░█░█░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░███░███░░█░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░░░░░░░░░█░░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░░░░█░░░███░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░█░░█░░░░░█░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░██████████░░█░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░░░░░░░░✿▓ ▓✿░░░░░░░░░█░░░█░░░░░░░░░░░░░░✿▓ ▓▓✿░░░░░███░░░░░░░░░░░░░░░░░░✿▓▓ ▓▓▓✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿▓▓▓▓
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

aku dah agak dah benda macam ni akan berlaku...


Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Hi. -smile- :)

2012 semua. :)

dah agak dah benda gini akan berlaku....

apa? ombak rindu dah dipadamkan laaa~ cer tengok sini.

betul kan? aku kata cepat download sebelum dia delete. skrg dah delete. jangan nyesal semua. hahahahahha

oh, aku bukan nak korang semua tengok. tapi seriously bila tengok cerita tu, otak akan terfikir betapa %^&^&*$%^&*(&^%$#$%^&*(*&^%$#@#$%^&*&^%$#@#$%^&* .

btw, semoga ALLAH menolong semua mahasiswa Malaysia, yang menegakkan kebenaran menjatuhkan kekufuran.

Allahu Akbar.
Terima Kasih. Thanks. Syukran. Gracias. any comment? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...